Memaparkan catatan dengan label mUHaSaBah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mUHaSaBah. Papar semua catatan

Rabu, 26 September 2012

Remaja : Jalan Hidup Sebenar


Kehidupan remaja selalunya inginkan segala-galanya serba ideal dan segala-galanya tertulis indah.Indah pada cita-cita,indah dalam angan-angan,indah pada impian dan khayalan.Kehidupan yang berwajah glamour sering menjadi inspirasi remaja.Manakan tidak,kalau berfesyen lama,pasti mereka ini akan di gelar "ketinggalan zaman","kekampungan" n s0 on lagi..

Ayuh remaja sekalian,kita kena ubah balik matlamat hidup kita.kalau dulunya kita asyik duk buru glamor dunia,kita ubah kepada memburu glamor akhirat iaitu pangkat dan darjat di sisi Allah.Berusaha untuk menjadi remaja yang berjaya dengan membina peribadi yang baik dan mulia.

Kita jugak kena sedar,setiap manusia kena ada matlamat hidup yang jelas,line clear g2,hehe
Dari matlamat hidup yang jelas.Dari matlamat hidup nie lah akan mencorakkan kehidupan,cara berfikir dan bertindak.Untuk sebuah kehidupan yang bermakna,remaja perlu mempunyai matlamat hidup yang tepat.

Di samping itu,tanggapan bahawa dengan harta kekayaan akan ada kebahagiaan.Janganlah menyangka kebahagiaan itu pada kecantikan,ramai orang2 mude cari h0k c0mey2 jep,jangan juga sangka bahagia ada pada nama dan kemasyuran,pada kuasa,pada pangkat dan darjat.Tera kite cek balik,ingat balik

Berapa ramai orang kaya yang mati menderita kesunyian.
Berapa ramai wanita yang rosak kerana kecantikkannya.
Berapa ramai penguasa dan pemerintah yang sakit jiwa dengan kekuasaannya.
Berapa ramai bintang-bintang filem dan penghibur yang mati dalam penderitaan jiwa


Tersesat Dalam Memilih

Itu semua sebenarnya bukan sumber kebahagiaan dan keindahan hidup yang patut di impikan.Manusia sudah tersesat dalam memilih.Lihatlah semakin manusia berusaha mencari bahagia,semakin mereka menderita dan berlaku perkara yang mengharu-birukan dunia.

Mereka mencari bahagia dengan melanggar perintah Allah s.w.t sedangkan bahagia itu dari Allah.Oleh itu,mereka tidak akan memperolehi kebahagiaan yang mereka impikan.

Kemahuan diri tidak boleh jadi penentu kepada matlamat hidup atau kehidupan yang mahu kita ambil.Sebaliknya hendaklah kita kembali kepada Allah kerana di situlah sumber bahagia yang sejati.

Cuba sahabat renung2kan balik,tujuan Allah menghidupkan kita atas muka bumi ini seperti mana yang telah Allah bagi tahu di dalam al-Quran,Az-Zaariyat,56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada diriKu"


IbadaH

Ibadah terbahagi kepada tiga peringkat,Ibadah ASAS,ibadah CABANG dan ibadah UMUM.

Adapun ibadah asas itu adalah ibadah yang merangkumi rukun Iman yang enam dan rukun Islam yang lima.Kedua-dua merupakan fardhu ain kepada setiap mukallaf

Ibadah Cabang
i-Fardhu kifayah,jika tidak dilaksanakan secara total oleh satu-satu pihak,seluruh individu Islam menanggung dosa.Sekiranya ada satu pihak melaksanakannya,terlepaslah seluruh umat Islam dari dosa.Disebabkan itu kita patut bersyukur dan beri sokongan sekiranya ada golongan yang mampu menegakkan fardhu kifayah itu kerana mereka telah melepaskan kita dari dosa.

ii-Sunat ain.Sunat ain ialah seperti solat sunat rawatib,solat witir.solat tahajjud,solat dhuha..dan lain-lain.Ibadah ini jika tidak dilaksanakan mendapat pahala.Jika tinggal tidak berdosa namun ia merupakan jalan untuk dekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Ibadah Umum|
Perkara harus dan mendatangkan pahala.Amalan ini dapat tambah lagi bakti kita pada Allah agar setiap amal perbuatan kita tidak jadi sia-sia.Contohnya,kalau orang terengganu,"Mu Gohek Beskal,niat kerana Allah,akan dikire amalan mu itu"..makang minum boleh jadi ibadah,tidur boleh jadi ibadah dan sebagainya..

Syarat2 Ibadah
-Niat kene betul(kerana Allah semata-mata)
-Betul ikut syariat
-Xlibat perkara haram
-Baik dan bermanfaat
-Xtinggal ibadah asas

Hasil dari beribadah disebut juga sebagai buah ibadah.Hasil daripada ibadah yang sempurna dan di terima Allah akan membuahkan akhlak yang mulia.


Ibadah Berkualiti

Allah menilai ibadah seseorang itu pada akhlaknya.Tidak bermakna banyak ibadah jika tidak berakhlak.Seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w tentang seorang wanita yang sangat kuat ibadahnya,berpuasa di siang hari dan bertahajjud di malamnya,tetapi dia selalu menyakiti jiran dengan lidahnya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu,bahkan dia menjadi penghuni neraka".

Ibadah yang kita lakukan mestilah ibadah yang lebih dari segi kualiti bukan dari segi kuantiti sahaja.Bagaimana caranya..?yang paling utama NIAT,hati mestilah betul2 lurus terhadap Allah s.w.t. dan menepati syarat2 yang telah ambe nyatakan di atas tadi,penuhi semua syarat itu,insyaAllah ibadah kita menjadi sebuah ibadah yang sangat berkualiti.

Surah Al-Baqarah,ayat 30

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Tugas kedua kita di atas muka bumi ini pula ialah menjadi khalifah Allah atau lening dipanggil DUTA ALLAH,kalau kat bahasa omputeh nyer AMBASSADOR..hehe
Kita menjadi duta Allah di bumi untuk mentadbir alam ini.Setiap apa yang kita buat mestilah mengikut peraturan yang dah Allah tetapkan kepada kita.



Duta Allah

Allah menghidupkan manusia di dunia hanyalah sementara waktu sahaja untuk menjadi duta-Nya.Lambat laun kit akan dipanggil ke akhirat.ertinya,waktu kita di dunia,bukan bererti kita warganegara dunia,tetapi kita adalah warganegara akhirat disebabkan akhirat adalah tempat yang kekal abadi.Oleh itu sebagai duta Allah di dunia,kita hendaklah mengikut segala perintah dan kehendak Allah.Sebab,apabila kita dipanggil oleh Allah nanti,kita akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan di dunia ini.

Untuk mudah kita berkhidmat kepada Allah,mengatur alam Tuhan dengan sebaik-baiknya,Allah telah berikan bermacam-macam kemudahan,bermacam-macam alat dan bermacam-macam kekuatan akal,kekuatan syariat yang Allah sampaikan melalui rasu-rasul bermula dari Nabi Adam as hinggalah Nabi Muhammad s.a.w.Disamping itu diberi-Nya kekayaan dari langit dan bumi dengan berbagai kemudahan.



Rekod-rekod Amalan

Segala kemudahan itu hendaklah kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk berbakti kepada Allah s.w.t.Bila kita kembali kepada Allah nanti,rekod amalan kita di dunia ini akan dibentangkan oleh Allah.Rekod-rekod itu telah dicatat oleh wakil-wakil Allah iaitu para malaikat sama ada kita sedar atau tidak.

Andaikata rekod amalan kita baik,Allah akan balas setimpal dengan kebaikan yang kita lakukan itu dan diberikan syurga.Jika rekod amalan kita penuh dengan kejahatan itu,iaitu balasan azab seksa di neraka.Jika kesalahan kita itu terlalu besar akan di azabkan di dalam neraka yang begitu dahsyat sekali.Bahkan ada yang kekal di dalamnya.Itulah pilihan para remaja untuk membina peribadi yang baik serta mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

#Sama-sama kita bina peribadi dan jati diri seorang muslim yang unggul dalam diri kita,terutamanya diri seorang remaja (n_n)

Ahad, 9 September 2012

Secangkir K0pi~






segenggam k0pi dikacau di dalam sebuah gelas,
pasti rasanya pahit
namun jika segenggam k0pi dikacau di dalam sebuah telaga...






Disebalik kata2 yang manis di atas rupa-rupanya terdapat cerita yang dapat dijadikan pengajaran di sebaliknya..


  Pada suatu hari,seorang pemuda menghadapi satu masalah yang sangat merungsingkan dan menyerabutkan di benak kepalanya,lalu pemuda tersebut berjalan-jalan di sebuah pekan untuk menghilangkan rasa tekanan dan keserabukkan di benak kepalanya itu.

  Sedang berjalan2.dia terlihat seorang lelaki tua yang sedang berishtirehat di pangkin rumahnya itu,lalu pemuda tersebut terus pergi kearah lelaki tua itu dengan harapan dapat dia menghilangkan kesrabutan di fikirannya dengan cara berbual-bual dengan seseorang.

  Setelah sampai kepada lelaki tua tersebut,dia memperkenalkan diri dan memulakan perbualan diantara mereka.

pemuda,"Assalamualaikum pak cik,rilek betul pak cik nie yerp",

"Waalaikumussalam,ye anak muda..biasalah orang dah tua-tua nie,duk rilek-rilek je la,lagipun nak buat kerja berat ke hulu dan ke hilir dah tak mampu lagi dah",jawab lelaki tua tersebut..

 Bermula daripada sapaan tersebut sehinggalah membawa kepada masalah sebenar yang dihadapi oleh pemuda tersebut sebelum itu.Pemuda tersebut memberitahu kepada lelaki tua itu bahawa dia mempunyai masalah yang sangat menyerabutkan kepalanya.

"Pak Cik,sebenarnya saya berbual dengan pak cik nie sebab saya nak hilangkan keserabutan di kepala saya hari ni,masalah tu menyebabkan saya rasa rezakk yang amat sehinggakan banyak kerja tidak dapat
disiapkan"keluh pemuda tersebut..

 Sambil mel0ntarkan satu senyuman yang manis,lelaki tua tersebut berkata "Wahai anakku,sila kamu masuk ke dalam rumah ku di dapur sana dan ambilkan secawan air masak beserta segenggam kopi.."

 Tanpa banyak soal walaupun di benaknya kebingungan dengan apa yang di minta oleh lelaki tua tersebut lalu dia pergi mengambil barang-barang yang telah dinyatakan sebentar tadi.

"Ini dia k0pi dan air masaknya pak cik",berkata pemuda tersebut sambil menghulurkan kopi dan air masak tersebut.

"Kopi yang ada di dalam genggamanmu itu,cuba kamu letakkan didalam air itu dan kacau..apabila sudah ok,kamu cuba meminumnya.."

"puihhhhh!!,pahitt!! apa nie pak cik,pahit lepang air kopi nie,kenapa pak cik suruh saya minum air yang pahit macam ni!",dalam nada yang tinggi pemuda tersebut tersedak meminum air tersebut.

dengan melemparkan senyuman kepada pemuda itu,lelaki tua tersebut mengajak pemuda itu ke telaga di belakang rumah dan disuruhnya pemuda itu untuk mengambil segenggam k0pi lagi di dapur.

 Ketika berada berhampiran telaga tersebut,lelaki tua itu sekali lagi menyuruh pemuda itu menabur segenggam k0pi di dalam telaga itu.Dalam keadaan masih terpinga-pinga pemuda tersebut menurut apa yang disuruh oleh lelaki tua itu.

"Wahai anak muda,cuba kamu ambil air di dalam telaga itu dan kamu minum airnya..",arah lelaki tua itu.

Apabila mengangkat timba dari isi perut telaga itu,pemuda tersebut lantas meminum air itu,
Alangkah terkejutnya pemuda itu dek kerana air yang di minum olehnya tidak terasa pahit seperti mana air didalam gelas sebentar tadi.



Lelaki tua mengajak pemuda untuk sama-sama duduk di bangku yang berada dibawah p0hon yang daunnya merimbun sambil bertanyakan kepada pemuda tersebut,adakah dia faham di antara kedua-dua perbuatannya sebentar tadi.Pemuda tersebut menyatakan bahawa dia sama sekali tidak faham dengan apa yang telah dilakukannya tadi.



"Wahai anakku,aku meminta padamu untuk memasukkan segenggam air kedalam gelas adalah untuk kamu sedar dan ketahui apabila sesuatu masalah itu melanda diri kamu lalu kamu menyempitkan hatimu dengan masalah tersebut nescaya kamu akan merasai keperitan dan merasa terbeban yang amat sangat kepada dirimu...

Namun jika kamu melapangkan hatimu tuk setiap masalah dan ujian yang kamu hadapi,kamu tidak akan merasakan bahawa masalah itu perit bagi kamu sepertimana air telaga yang tidak pahit walaupun ditabur dengan segenggam k0pi..."



#Sahabat2 ambe seme,kalu diteng0k pada cerita nie,buliss kite rumuskan bahawa setiap masalah akan dapat dihadapi dengan hati yang lapang menerima pelbagai ujian..ingatlah setiap ujian yang datang itu daripada Allah sebagai latihan untuk menguatkan lagi hati kita...

Mungkin timbul kata-kata dari sahabat,elehh betul la sangat tuh~~
Betul bagi yang betul menerima ujian ini,bagaimana nk gag0h hadapi ujian ini..?

Sentiasalah mengadu kepada Allah di malam hari beserta berzikir mengingati Allah s.w.t (n_n)

##h0k kaler lain tuh bese orang terengganu gune,kalu nk tahu kene tanye orang terengganu~

Sabtu, 8 September 2012

Ya Allah..Sabarkan dan Tabahkanlah Hatiku..













Ya Allah..
sabarkan dan tabahkanlah hatiku untuk menghadapi titian hidup yang penuh dengan godaan dan cabaran ini...
Ya Allah..
tunjukkanlah aku siratul mustakim supaya aku tidak terpesong dari landasanMu..
Ya Allah..
bimbinglah aku supaya aku berubah ke arah kebaikan dan terus istiqomah dengan kebaikan itu..
Ya Allah..
jauhilah aku dari sifat-sifat yang tercela,sifat-sifat mazmumah supaya aku sentiasa berada di bawah lembayungMu..


Ya Allah..
peliharalah aku dengan sifat-sifat yang terpuji,hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah supaya hidupku diberkatiMu..
Ya Allah..
redhailah aku menumpang di muka bumiMu buat sementara waktu ini dan tanamkanlah sifat bersyukur di hatiku ini..
Ya Allah..
kurniakanlah aku nur keimanan supaya hidupku lebih berseri dan dilimpahi rahmat dariMu..
Ya Allah..
berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan apa yang ingin aku lakukan dan akan aku lakukan..
Ya Allah..
aku mohon padaMu terimalah aku supaya aku mendapat kasih sayangMu..
hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku..
tunjukkanlah aku jalan kebenaran,jalan hidayah supaya aku sentiasa berada di jalan yang lurus dan tidak tersesat..
Ya Allah..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar....


aw0p-aw0p

isLaM