Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan

Khamis, 27 September 2012

Kuda Putihku kini Tinggal Memori

Sepanjang hayat aku sebagai seorang pemuda yang didalam hatinya tersemat
 jiwa pejuang penegak kebenaran.Tidak akan dapat aku berjuang dengan hanya batang tubuhku ini sendiri.
Manakan tidak,bila di sebut sebagai pejuang,pasti mereka itu bukan datangnya 
dari kalangan orang yang henye tahu duduk bersenang lenang dan
 menggoyangkan kaki menikmati kehidupan duniawi,
tetapi jiwa ini memerlukan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam melaksanakan 
agenda-agenda yang telah tersusun untuk menegakkan kebenaran tersebut.

Memilikkinya sudah cukup bagiku untuk membantu aku bergerak ke sana ke mari.Dari Marang turun ke Pengadang Baru sehinggalah ke Batu Rakit,ianya tetap utuh dan kuat bersamaku dalam melaksanakan agenda perjuangan ini.Susah payah bersama sehinggakan perit yang di tanggung olehnya dapat juga aku merasa.Hujan gerimis ditempuh bersama,panas memancar di harung bersama





Duhai kuda putihku,besar pengorbananmu..dengan jiwa yang kental,engkau memikul aku berjam-jam di jalanan tanpa mengeluh keletihan,namun ku tahu kau kehausan,diberi minum akan dikau tanpa mengira berapa wang yang perlu dibelanjakan,dengan harapan kau setia bersamaku sepanjang di jalanan perjuangan ini.

hehehe

Kenapa la aku nie menulis sebegini yerp..?? macam jiwang2 la pul0p 0p

Tengok la pada tajuk tu,kan da tulis tinggal memori,maknanya menda tuh dah nak menghilang la kan2..


Tapi,sebenarnya sediss ni sementara sahaja,yela..kuda putih dah masuk wad,xleh dah nak sama2 bergerak..b0leh kata cam patah kaki juga la dalam nak bergerak nie..

Doh guane pah masuk wad pul0k tuh..?

Kuda putih ni masuk wad sebab nak upgrade r pul0p..nk bagi dyer katang lagi dalam sama-sama berjuang nie..
Buat masa ni,xley lagi la nk berjuang,xsiap lagi kuda putih nie..

Lepah pade ni,xleh dh la nak panggil dyer ngan panggilan kuda putih,sebab dyer dah berubah dah,hehehe
Kuda Putihku dah berubah menjadi si KUDA HIJAU la pulak,hehehe

tuu diaaa!!

Proses perawatan beliau sudah masuk 70 % dah,kemungkinan buliss keluar wad dalam 2 3 hari lagi k0t nie..
Nasib baik la kos merawat kudaku ini tidak mahal mana tapi nak dekat-dekat sebelah tangan jugak nie tau..



Siap duduk dalam bilik lagi ni,tepi katil siap berkipas pula tuh,hehe
xbole letak kat luar,bahayer..wak kerja dalam bilik bes g0p,heheh
InsyaAllah dengan bantuan adik ambe,dalam hari sabtu xp0n ahad nie r siap ini m0tor..



##Lepah pada nie,InsyaAllah akan memudahkan jalan perjuangan ku nanti (^_^)

Isnin, 17 September 2012

Derap Langkahku di Alam Kampus


Assalamualaikum sahabat/sahabiah sekalian (n_n)



Perjalanan hidup sebagai mahasiswa nih banyak pengalaman yang dapat aku alami,bi0r p0n baru beberapa minggu berada disini,pendedahan awal dengan suasana alam kampus membuka mindaku lebih melebar,yela kan..kalau dulu,fikiran,minda hanya sekadar di kawasan sekolah dalam ruang lingkup pelajar bawah umur 18 tahun,lagipun di sek0lah aku nih la yang boleh dikatakan sebagai ABANG BESAR,bukan kerana badanku BESAR tetapi had umur maksimum di dalam pagar sekolah tu..hehe

hakikat..

Sekarang,aku terpaksa menerima hakikat yang aku pula adalah adik di alam kampus,adik yang baru nk mengenal alam yang memerlukan kematangan dari segi gerak kerja dan juga fikiran.kalau masih lagi berada di tampuk yang lama,masih mengharapkan orang lain..kita takkan ke mana-mana,mana tak nya,takkan la kita sentiasa nak "makan bersuap" kan,zaman sekolah dulu yela,tetapi di alam kampus,ianya berbeda


bekalan yang dibawa
Sebelum memasuki alam kampus ini,adalah sedikit sebanyak bekalan ilmu yang dibawa,di tuai daripada beberapa orang tok guru untuk diamalkan pada diri ini dan juga turut disampaikan kepada orang lain.Ini kerana,aku masih lagi ingat akan pesan seorang sahabat,"laksanakanlah 3 hak ilmu,yang mana cari ilmu,amal ilmu dan sampaikan ilmu tersebut"..inilah yang turut menjadi di antara pendorong semangat diriku ini..
Yang paling utama bila jejakkan kaki ke sana niat yang penting..

"Ya Allah,langkah pertama ku menjejakkan kakiku di bumi bar0kah ini adalah keranaMu Ya Allah,ilmu yang akan aku timba sepanjang 4 tahun pengajianku di sini akan aku amalkan dan gunakan ia dan akanku berjuang menegakkan agamaMU dengan ilmu yang dikutip disini,semoga engkau permudahkanlah urusan hambaMU ini Ya Rahman,Ya Rahim.."


3 minggu
Ya Allah,sungguhpun keberadaan daku sini memerlukan hati yang kuat,cekal dan istiqomah dalam melaksanaakan agamaMu di dalam diriku ini..
Sedih,sedih,sedih..itulah yang dapat digambarkan apa yang bermain didalam hati ini,sebelum ini aku bangga memasuki bumi bar0kah ini,namun bila terdedah dengan suasananya jauh sekali...penuh cabaran..
|
Sepanjang langkahku berulang alik dari kelas,dari kafe dan juga dari surau..tidak lepas mataku dihidangkan dan dijamu dengan kemaksiatan,bebas bergal0k,bertepuk tamp0r laki puang..makang semeje ngadap depang2,kalau time malam pul0p duduk sembang2 dekat atas wakaf laki dan puang..bebas,bebas..tanpa halangan mana2 pihak..

Ya Allah,engkau telah menguji hambaMU yang lemah ini,menguji setakat manakah peringkat amar ma'ruf dan nahi mungkar yang ada didalam diri hambaMu ini.>


Sedang Melangkah
Sebentar tadi aku ada majlis yang diadakan di gymnasium di kampusku,selepas s0lat maghrib dan mendengar sedikit tazkirah yang di sampaikan oleh sahabatku di surau..Aku melihat ramai pelajar sedang menyusun langkah,mereka semua sama denganku untuk menuju ke majlis tersebut.Sedang aku melangkah bersama sahabatku,tiba2 terlintas sekumpulan wanita,lalu aku terpandang seorang wanita dalam kumpulan tersebut..alangkah tersentak aku melihat perbuatan wanita tersebut,dia telah mengangkat kain nya sehinggakan menampakkan betisnya yang putih gebu itu sehingga paras lutut..
Pada awalnya aku menyangka dia ingin mengelakkan daripada kainnya terkena l0pak air disitu,petang tadi hujan lebat amat kan..tetapi sangkaanku salah,dia masih lagi tidak menurunkan kainnya itu..

Tiba2 terkeluar dari mulutku "Astagrfirullah" dengan nada yang amat kuat sekali,mungkin wanita tersebut menyedari aku yang melihat perbuatannya tersebut barulah dia menurunkan kainnya..
Aku sesali yang aku masih lagi lemah,belum lagi mempunyai tahap keimanan sepertimana seorang pemuda di zaman Rasulullah yang bernama Tsa'labah..

Di sini,mereka sudah tidak lagi mengambil berat tentang nilai-nilai yang telah digariskan oleh islam dengan sebenar2nya..dari segi pergaulannya,adab-adab pemakaiannya..
Begini rupanya keadaan sebenar berada di kampus,sebelum ini aku hanyalah mendengar cakap2 orang sahaja..namun kini,aku telah berada di dalam nya..

InsyaAllah,aku p0hon padamu ya Allah,kuatkanlah semangatku menghadapi liku-liku kehidupan baru yang masih panjang yang akan aku tempuhi..dan semoga daku thabat dan istiqomah sepanjang perjuangan ini..

Ahad, 16 September 2012

Intipasi Hari Kemerdekaan Buat Anak Merdeka

Firman Allah, maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.  Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah” (Surah Al-A'raaf 7:11-12).
 Kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam.



Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.

Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A’raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan ‘penjajahan’ agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan ‘ghurur’ dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga.

Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia.

Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah. Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”  Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT.

Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia. Atas perbezaan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam.

Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam.
Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab.

Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya (bermaksud):

 “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” (Surah Al-Ahzaab 33:72).

Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat. Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak.  Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka.

Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa ‘Arab Spring’ yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini.






 #sedikit petikan daripada ucapan ulama' tersohor tanah air,Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jumaat, 14 September 2012

Jangan Hina Nabi Kami!

Hari ini, 14 SEPTEMBER 2012 telah menjadi saksi di atas solidariti dan paduan suara umat islam selepas Rasul junjungan yang amat dikasihi oleh semua umat islam di dunia ini telah dihina oleh orang kafir di Amerika Syarikat.

Seluruh negara,bahkan di peringkat antarabangsa bergema dengan laungan kecaman terhadap kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika nyang menghina Rasulullah melalui filem yang terbarunya yang berjudul "Innocence of Muslims"..






Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’.


Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

Penulis sempat juga bersama-sama umat islam di negeri Terengganu ini berpadu suara di Masjid Rusila menunjukkan bahawa penulis turut sama mengecam tindakan yang dilakukan oleh penerbit filem tersebut.









 





Sepanjang himpunan tersebut,seorang Ulama tersohor tanah air dan juga di peringkat antarabangsa Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ucapan yang mengecam tindakan penerbit tersebut dan menaikkan semangat dan kasih sayang terhadap Rasulullah untuk melawan dan memerangi mana-mana individu yang menghina Rasulullah yang tercinta

 http://www.youtube.com/watch?v=foNB_wz8JVU
 
Wahai umat islam yang masih terlena dibuai mimpi dunia,bangkitlah ,sedarlah kalian,Islam semakin hari semakin dihina

Ayuh sama-sama kembalikan ke'izzahan islam agar tidak mudah dipijak..

Saat gambar-gambar pemimpin-pemimpin negara dihina dipijak,dikalungkan dengan kalungan bunga,cepat sahaja kita melenting,
Tetapi ini isu lebih penting daripada seorang pemimpin negara..ini adalah berkenaan PEMIMPIN UMMAH,PEMIMPIN UMMAH TELAH DIHINA..

Apabila penduduk Taif mencederakan Nabi s.a.w, maka malaikat yg tidak mempunyai nafsu pun berkata, "wahai Nabi Allah, sekiranya kamu mahukan, nescaya akan ku angkat bukit taif ni dan hempapkan ke atas penduduk taif itu".... tu malaikat. bila nabi dicedera, dihina, sggup utk menghancurkan umat itu

tapi kita????? Nabi dihina, Nabi diluka, kita diam mulut, tutup mata, memekakkan telinga, tidak pedul
i Nabi kita telah dihina.... lepas tu, berkata..."Ya Rasulullah, kami rindu pada Mu", comey muke?????

sedarlah, mari kita bangkit memusnahkan penghina Nabi Muhammad s.a.w dan penghina agama Islam.... Allahuma Solli Wa Salim A'la Saiyyidina Muhammad....Takbir!!!!!

Ya Rasulullah, Maafkanlah kelemahan kami tidak dapat berbuat apa2 tikaa diri Mu dihina.... :'(..... wahai Penghina Nabi... Semoga LAKNAT ALLAH paling besar ditimpakan k atas kamu.

Ahad, 2 September 2012

Catatan Kalam Murabbi

Hari Raya Aidilfitri yang lepas memberikanku satu pengalaman yang cukup bermakna bersama sahabat-sahabat.Manakan tidak jelajah k0nvoi raya ke rumah sahabat-sahabat yang berada di merata ceruk kawasan seluruh negeri Terengganu,negeri kesayanganku ini,hehe



Konvoiii~

Kemuncak k0nvoi kami pada hari raya ke 3 itu ialah,kami berkesempatan untuk mengunjungi rumah seorang tokoh agamawan yang terkenal di seantero dunia,boleh dikatakan beliau ini merupakan seorang ulama' antarabangsa.Penglibatan beliau dalam perjuangan menegakkan islam bermula sejak kecil lagi sehingga beliau menginjak usia emas masih lagi berterusan menjalankan perjuangan tanpa mengenal erti penat lelah.
Di peringkat antarabangsa,beliau digelar sebagai timbalan mujaddid tersoh0r yang kita kenali iaitu Dr Yusuf Al-Qardawi,jadi mesti timbul satu persoalan disini,iaitu "Siapakan insan ini..?"

Beliau tidak lain,tidak bukan Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang



Sepanjang berada di teratak beliau,banyak kalam2 taujihad yang dapat dikutip dan boleh dijadikan panduan sebagai seorang abna'ul harokah.
antaranya ialah..

"Ilmu yang terbesar ialah ilmu daripada ISLAM,yang ,mana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w,terkandung di dala,mnya mukjizat al-quran yang wajib di imani dan dilaksanakan,sekiranya kita beramal dengan apa yang kita tahu,Allah akan menambahkan lagi ilmu yang kita tidak ketahui,dan itulah mukjizat yang terdapat pada Al-Quran.."

Sememangnya ilmu kami ini masih lagi kurang,tetapi dengan mengamalkan ilmu yang ada walaupun secebis InsyaAllah,Allah akan mendatangkan kefahaman yang lebih didalam islam..

Dengan kata-kata inilah,sebagai se0rang islam,kita kene yakin dengan Allah,ilmu yang kita ada untuk diamalkan bukan untuk dibangga2kan..peningkatan daripada pengetahuan kepada pengamalan seterusnya membawa kepada penyampaian,penyampaian inilah menjadi nadi penggerak kepada pejuang pendokong islam.Atau dalam k0nteks agama disebut sebagai "dakwah"

Jalan Dakwah

Jalan Dakwah pasti menghadapi pelbagai rintangan dan halangan,lihat sahajalah kisah di zaman Rasulullah,ketika mana dicerca oleh Abu Lahab di Bukit Safa..berterusan sehinggalah Rasulullah berhijrah ke  Madinah,

Sebagai seorang pendakwah,pend0kong islam,pejuang agama,kita hendaklah mempunyai r0h bersama Rasulullah,apabila kita menghadapi ujian dan cabaran dalam menyampaikan islam kepada sahabat2 yang lalai,dan juga dalam kalangan masyarakat,menghadapi t0hmahan,cercian,kejian,dipulaukan dan macam2 lagi..cuba kita letak diri kita di sisi Rasulullah,apabila dil0ntar batu masih lagi meneruskan perjuangan, dihina dit0lak biasiswa,dipulaukan dimaki di k0ta Mekah,namun sebagai hati pejuang tidak b0leh mudah mengalah.

     perlukan hati yang besar

                 
Ujian dan rintangan yang mematangkan kita dalam meneruskan jalan perjuangan.


Begitulah yang dipamirkan oleh orang dekat dengan Allah dan Rasulullah dan yang sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah,Tuan Guru Abdul Hadi atau dikenali dalam kalangan masyarakat kampung dengan panggilan Ayah Chik.Sepanjang usia penglibatan menyebarkan islam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran.

Maka betullah

"Ulama' Pewaris Para Nabi"

Para Nabi bermula Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi Muhammad sentiasa menghadapi ujian,maka pewaris para nabi turut sama akan merasainya kerana ini adalah proses tarbiyah Allah s.w.t kepada kekasihnya.

Oleh itu kepada para pejuang sekalian,
Walaupun menghadapi apa jua halangan,dugaan,dan cabaran,jangan sesekali kamu berpaling dari jalan perjuangan,jalan perjuangan untuk orang yang gagah,bukan nya untuk orang yang lemah yang cepat merajuk apabila merasakan diri ini tidak mampu

BANGKIT PEMUDA!!!

aw0p-aw0p

isLaM