Memaparkan catatan dengan label bUah fikiRan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bUah fikiRan. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mac 2013

Teka-Teki Kehidupan


Hidup penuh dengan teka teki



Kalau orang putihh kate, hidup penuh dengan questionaire, or life jus like a puzzle

Begitu juga, yang menjadi penantian buat rakyat Malaysia, pembubaran parlimen menjadi suatu teka teki dan tanda tanya,
tetapi bukanlah politikus itu yang ingin disentuh,
biarlah si tikus itu kekal dalam jiwa tikus walaupun diminta berubah oleh sang sihir menjadi seekor kucing yang besar namun hakikatnya tetap ianya seekor tikus

Yalah,kita tidak mengetahui akan kehidupan kita yang mendatang
Disebabkan hidup ini menjadi teka teki dan tanda tanya..

Allah s.w.t tidak membiarkan hambanya hidup dalam keadaan tertanya-tanya sebegitu..


Allah s.w.t menurunkan al-Quran sebagai menjawab teka teki kehidupan , beserta seorang utusan mulia,Rasulullah s.w.t menjadi lilin penerang kepada jalan kehidupan yang dahulunya malap dengan jahiliyyah..

Bagi menjawab teka teki kehidupan,ayuhlah sama2 kita berpegang kepada dua kompas panduan ini,al-Quran dan as-Sunnah , agar persoalan kehidupan dapat dirungkai dengan terpasaknya Islam dan aqidah didalam diri kita,InsyaAllah ^_^

Sabtu, 16 Mac 2013

Padan Muka Kamu!



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Padan muka kamu!



Itulah kata-kata 'si hitam',dibisikkan ke dalam hati seorang pejuang

Susunan 3 perkataan tersebut menjadi permulaann kepada post ambe kali ini,sudah sekian lama blog ni tidak di update, sekarang ini usia semakin meningkat , tanggungjawab semakin bertambah , jadi penumpuan lebih kepada tanggungjawab dulu baru boleh nak luang masa tuk blog nie

Okeyh sahabat,sahabat sekalian,syaitan tidak akan pernah berhenti dalam usahanya untuk menyesatkan manusia,syaitan ini akan berusaha dan terus berusaha sehinggalah hari kiamat menjelma.

Buat seorang pendokong Islam di bahunya,inilah cabaran yang besar perlu dihadapi dan memerlukan keteguhan iman yang terpasak di dalam hati agar,sentiasa thabat dan istiqomah sepanjang jalan perjuangan.


"Padan muka kamu wahai manusia,sebelum ini kamu hanyalah seorang manusia dengan kehidupan biasa,bersenang lenang,rilek aje..tetapi sekarang kamu pergi ke hulu,ke hilir, kamu letih dan mengadu tidak kuat , mengapa masih lagi kamu berada di jalan itu..? 
Jalan itu sangat menyusahkan,dan aku tahu kamu pasti merindui untuk bersenang2 bukan?
hujung minggu kita boleh tidur memanjang,
boleh tengok movie,
petang2 boleh pergi jogging sambil2 mencuci mata,
apa sahaja kamu boleh lakukan dengan kehidupan kamu yang dulu,ayuh tinggalkan jalan yang menyusahkan itu"

Inilah bisikan syaitan, dia melihat sedikit ruang lalu terus menyuntik racun yang menjauhkan seorang muslim dari jalan perjuangan..


Buat insan bergelar pejuang,sungguhpun kamu rindu untuk menjadi seorang biasa,namun ingatlah pilihan kamu untuk menentukan cara hidup di atas bumi ini..


Adakah ianya penilaian berdasarkan keimanan?

atau hanya kerana keinginan didorong rangsangan nafsu yang tidak disedari hadir dalam hati..

Teguhkan iman,jadikanlah dirimu golongan yang mendamba cinta ilahi, dan memanifestasikan cinta terhadap Rasulullah dengan menyambung perjuangan baginda hingga ke akhir dan tidak gugur di pertengahan jalan perjuangan...In Sya Allah.










Selasa, 18 September 2012

Remaja dan Pembinaan Identiti Diri

Assalamualaikum sahabat/sahabiah sekalian..

Besar hasrat hati ini untuk saudara/ri untuk sama-sama meluangkan sedikit masa untuk mengerakkan roda-roda minda anda semua untuk melirik pada entry ini,tapi jangan sampai rase terpaksa pula yer (^_^),hehe

Bila disebut sebagai remaja,mereka ini ialah anak muda yang umurnya sekitar 13 hingga 25 tahun.
Peringkat umur ini amat mudah terpengaruh dengan alam sekitar dan suasana.

"Remaja terpilih,Allah pelihara,mendapat petunjuk serta di pimpin Allah menuju kebaikan dan kesejahteraan dunia dan akhirat"

sebaliknya

"Remaja terbiar dan tiada didikan agama akan hanyut dalam tipuan dunia,gila nama,memburu glamor dan keseronokkan"



Alam remaja,alam yang penuh cabaran dan dugaan.Mase ni lah remaja sedang membina identiti,nak tera bende baru dan mencabar.Jiwa remaja perlukan pengisian kerana di peringkat ini berlaku perkembangan paling subur.


Mude Hanya Sekali

Deng0r m0lek remaja-remaja sekalian,kita kene sedar,peluang hidup muda hendaklah direbut dengan amalan yang baik.Kata-kata 'muda hanya sekali' tidak buliss jadi pegangan remaja henye nak lepas diri dari tanggungjawab sebagai hamba Allah.Sedangkan di dunia seorang manusia yang mahu hidup senang,sudah tentu sejak muda lagi ia berusaha,bercucuk tanam,berkebun,kerja keras demi mencapai kesenangan hidup.
Kalaulah time tua baru nak mula,pay0h la nak dapatkan hasilnya dan capai kesenangan.


Orang Mude,Orang Gagoh,

Dalam pada kita beribadah kepada Allah,masa mudalah masa paling sesuai.Ibadah yang dibuat semasa muda penuh kekuatan,kesegaran dan penghayatan yang tinggi,bile dang tua senang baginya meneruskan kerana sudah kalih dari muda.
Sebaliknya kalau sudah tua baru nak beribadah,mase tu d0k segor mane dh.Ibadah dalam keadaan d0k r0k cetong,semangat kendur dan hati yang keras dicengkam oleh d0sa-dosa.Ibadah sebegini tidak wak mari kemanisan dalam hati,tidak membuahkan akhlak bahkan tidak dapat menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah s.w.t.



Maksiat dan Mungkar,

Sedih,bilamana sedikit sekali mereka yang terselamat dari godaan hidup di waktu remaja,kerana kecenderungan terhadap nafsu dan dunia serta pengaruh alam sekeliling yang sangat menarik minat remaja kepada maksiat dan mungkar.Amat sedikit sekali remaja yang mahu menghiasi waktu mudanya dengan amal ibadah dan amalan soleh.

Diriwayatkan daripada satu Hadis Qudsi,Allah taala telah berfirman,ertinya;

"Wahai pemuda yang membelakangi syahwatnya kerana-Ku!Engkau di sisi-Ku sama tempat dengan sesetengah malaikat-Ku"


Digilap dan diperhalusi,

Umur muda medan sebenar untuk tingkat amalan baik.Masa inilah kita patut belajar dan praktikkan segala suruhan Allah taala.Ibadah perlu digilap dan diperhalusi supaya bila kita melangkah dewasa,jiwa kita sudah bersedia dengan iman dan ketaatan kepada Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Rebutlah peluang lima sebelum lima,masa mudamu sebelum masa tua.Masa sihat sebelum masa sakit.Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.Masa kaya sebelum tiba masa papa dan masa hidup sebelum tiba masa nanti"



Tunggak Utama,

Islam sejak dahulu lagi di kuatkan oleh pemuda.Pemuda-pemudalah yang menjadi tunggak utama di kalangan para rasul zaman-berzaman.Islam juga memerlukan pendokong-pendokong yang berhati waja,fikiran tajam dan fizikal yang kuat.Remaja perlu mengorak langkah membentuk peribadi yang baik.



Memahat Sejarah,

Untuk membina sejarah,tolehlah sebentar ke belakang,ayuh kita lihat kembali sejarah agung Rasulullah s.a.w di mana sejak kecil lagi peribadi dan akhlak mulianya sudah terserlah.Pada usia menjangkau alam remaja baginda digelar al-Amin.Baginda berjaya mendamaikan pertelingkahan kabilah Arab mengenai Hajarul Aswad.Baginda juga dikagumi kawan dan lawan.

Sejarah juga memaparkan kehadiran pemuda-pemuda beriman membantu Rasulullah s.a.w seperti Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Uthman,Saidina Ali dan lain-lain.Kisah pemuda yang menyelamatkan iman mereka dan bersembunyi di gua Ashabul Kahfi juga diceritakan untuk menjadi teladan.Kekuatan iman,kesabaran dan ketabahan mereka dalam mempertahankan Islam diabadikan dalam Al-Quran surah al-Kahfi ayat 13.


Zaman Lening,

Meskipu zaman sudah beralih,sejarah mereka kita jadikan obor dalam hidup.Terbukti sudah,sifat utama yang dimiliki oleh pemuda-pemuda beriman ialah mempunyai iman yang kuat.Iman yang tidak mampu digugat suasana sekeliling,individu dan apa sahaja.

Sewaktu generasi muda lain leka dengan hiburan dan easyikan memburu dunia,remaja Islam tetap dengan keyakinan dan amalan yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w.Jadikanlah diri seperti ikan di laut,walaupun air di sekelilingnya masin tetapi dagingnya tidak masin



Nafsu sendiri,

Sememangnya iman sentiasa tercabar dan dicabar.Oleh itu,iman perlu dibenteng kukuh dalam menghadapi tekanan daripada nafsu sendiri.Tekana-tekanan luar atau ujian-ujian yang datang dari segenap penjuru.Di saat yang genting ini,remaja islam perlu bina kekuatan sendri,berhijrah dari suasana mungkar kepada suasana Islam,Di situlah ketenangan jiwa yang sebenar.

Setelah kita tahu ke mana matlamat dan haluan hidup yang hendak di lalui,tahu bagaimana menghadapinya dan ujian-ujian sepanjang perjalanan itu nanti,InsyaAllah nescaya kita tidak akan menjadi seperti insan buta yang meraba-raba di tengah jalah.Kita akan jadi manusia yang yakin dengan diri sendiri dan optimis mencapai cita-cita dan impian hidup sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di bumi ini.Bukannya insan pesimis yang lemah,mudah melatah dan hilang pertimbangan.




Isnin, 17 September 2012

Islam Liberal,Barah yang Membunuh Ummah

            Di zaman mutaakhirin yang dipenuh dengan cabaran ideologi dan globalisasi ini, pemikiran manusia berkembang seiring dengan pembangunan dan peradaban dunia moden. Walaupun ianya tidak bertentangan dengan agama,namun pemikiran manusia yang sentiasa berubah-ubah ini sentiasa mencari sesuatu isu yang berkaitan kehidupan dan aliran pemikiran kontemporari yang menisbahkan alirannya kepada islam.

            Islam adalah yang diwahyukan Allah kepada Rasul-Nya,baik yang terkandung di dalam al-Quran maupun dalam Sunnah.Di Al-Quran dan As-Sunnah menjadi sumber rujukan utama dalam segenap lapangan aspek kehidupan manusia,baik dari segi muamalah,perundangan,pentadbiran,sosial dan lain-lain lagi.
Di samping itu,terdapatnya juga Ijmak dan juga Qias sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran dan As-Sunnah

            Namun begitu, pencabulan terhadap Islam sejak zaman berzaman telah berlaku beberapa kalinya. Islam sudah bertapak semenjak nabi Adam a.s sehinggalah kini. Setelah itu kitab undang-undang iaitu Taurat telah diturunkan kepada Nabi Musa untuk Bani Israel. Setelah beberapa kurun kemudian, Taurat telah berubah dan ditafsirkan mengikut hawa nafsu manusia. Setelah itu kitab Injil diturunkan bagi “membetulkan” kembali ajaran Nabi Musa. Tetapi ianya juga diubah setelah 800 tahun berlalu. Ianya ditulis kembali oleh Paulus Kristus (St. Paul) yang tidak tahu dari mana dia mendapatkan bahan untuk menulis kitab tersebut.

            Setelah itu muncul nabi akhir zaman yang muncul di Mekah yang padanya di wahyukan al-Quran pula sebagai kitab suci yang terakhir. Setelah kewafatan beliau, umat Islam berpecah menjadi beberapa kelompok dan terus berpecah sehingga menjadikan banyak ideologi-ideologi baru dalam Islam. Antara ideologi yang boleh menyesatkan pemikiran umat Islam adalah Islam Liberal. 

            Kelompok ini sudah lama wujud sejak kurun-kurun awal Islam dan bergiat aktif sehinggalah ke hari ini. Nama gelaran yang paling popular sejak awal-awal kebangkitannya adalah Muktazilah, akan tetapi di zaman modern ini, nama kelompok ini mungkin berbeza-beza tetapi manhaj dan cara pemikirannya sama. Antara nama yang masyhur digunakan dimasa kini adalah Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas dan nama yang paling masyhur di nusantara ini adalah Islam Liberal. Sekalipun mereka tidak mengidentitikan diri mereka sebagai beraliran Islam Liberal, kita tetap dapat mengenali mereka berdasarkan pemikiran dan manhajnya.
Apa Itu Islam Liberal

            Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan perkataan Liberal sebagai bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (contohnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), berfahaman bebas, bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong pada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)

            Melihat kepada definisi di atas, Islam sememangnya adalah sebuah agama yang bersifat liberal. Ia membebaskan manusia dari segala bentuk kezaliman, penindasan dan belenggu penyembahan sesama makhluk. Islam juga mempunyai dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagimana ianya tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

            Lalu, yang dikehendaki dengan gelaran aliran Islam Liberal adalah dengan penambahan liberal kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya aliran ini mengkehendaki ciri-ciri keterbukaan yang lebih luas daripada apa yang sedia ada dalam Syariat Islam yang asli dan tulen.

Lahirnya Islam Liberal

            Dua fenomena yang mempengaruhi psikologi Umat Islam.

1.      Fenomena penjajahan atau kolonialisme oleh Negara-negara Barat keatas hampir seluruh dunia Islam
2.      Ketinggalan dari sudut Sains dan teknologi berbanding Negara-negara Barat.

Apabila berhadapan dengan dua fenomena diatas, sikap umat Islam dibahagikan kepada empat:
1.      Merasa putus asa secara keseluruhan dan diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

2.      Mereka berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Harus memisahkan agama dari kehidupan bagi mencapai kemajuan. (sekularisme)

3.      Mereka juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat bahawa caranya dakag membuka dan membebaskan agama dari ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam inilah dianggap berpunca dari belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan memperaktikan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

4.      Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami oleh umat. Namun hakikat ini mereka tidak mempersalahkan agama melainkan terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya keraa leka daripada berpegang dan mempraktikan agama Islam yang sebenar. Oleh itu, untuk memperoleh kembali kekuatan dan kemajuan yang sebelumnya dimiliki oleh umat Islam adalah dengan mempelajari, memahami serta mempraktikan kembali sepenuhnya ajaran agama.

Manhaj Islam Liberal

1.      Tentang Agama Islam
Aliran ini berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama, aliran ini juga berpendapat bahawa semua agama selain Islam adalah benar juga. Setiap penganut agama mendakwa hanya tuhan dan ajarannya sahajalah yang benar, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks dia dan agamanya sahaja.

2.      Tentang al-Quran
Aliran ini membahagikan wahyu kepada dua kategori:
·         Wahyu bertulis
·         Wahyu tidak bertulis
Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ianya adalah teks semata-mata. Manakala wahyu yang tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana zaman. Maka dengan itu, al-Quran adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya selari dengan konteks zaman.

3.      Terhadap Rasulullah SAW
Sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain. Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat Nubuwwah seumpama Rasulullah SAW dalam memimpin manusia kearah ciri-ciri yang baik.
Adapun sunnah-sunnah baginda SAW, tanpa ragu aliran ini berpendapat ianya releven untuk masyarakat arab di zamannya sahaja, amat ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman ini.
Begitu juga tentang kemukjizatan Nabi SAW, aliran ini berpendapat bahawa ia hanya kisah-kisah yang direka cipta selepas kewafatan nabi yang begitu fanatik dengan kehidupan baginda SAW.


4.      Terhadap Hadis
Aliran ini memiliki beberapa manhaj terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW, sekalipun yang termuat dalam kitab Sahih Bukhari dan sahih Muslim. Antaranya:

·         Hadis-hadis tersebut tidak berasal dari Rasulullah SAW melainkan hanya ciptaan orang-orang yang ingin menjaga dan memanfaatkan kepentingan diri mereka.

·         Hadis-hadis yang benar hanyalah bersifat mutawatir manakalah hadis-hadis ahad bersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan ke atas umat yang berpegang kepadanya.

·         Hadis-hadis mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat arab pada zaman Rasulullah SAW. Ia tidak lagi releven pada masa kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.

·         Hadis tentang azab kubur, suasaha hari akhirat dan sebagainya hanyalah cerita rekaan para perawi hadis untuk member pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Sekalipun hadis-hadis ini tercatit dalam kitab-kitab sahih, pada hakikatnya ia hanyalah cerita tahyul semata-mata.

·         Mereka berpendapat bahawa kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis adalah mereka hanya member tumpuan pada para perawi hadis dan tidak kepada matan hadis. Seandainya mereka memerhati dan member kritik terhadap matan hadis, maka cerita-cerita tahyul sepertimana diatas tidak akan mereka masukan kedalam kitab-kitab mereka.


5.      Terhadap Ilmu-ilmu keislaman.
Aliran ini meremahkan/ merendahkan ilmu-ilmu disiplin Islam seperti usul Tafsir, Ushul Fiqh, Ushul Hadis, al-Jarh wa al-Ta’dil (Kritik Perawi Hadis). Mereka mengatakan ilmu ini adalah ilmu buatan manusia yang tidak sunyi dari pelbagai kecacatan dan kesalahan.

Atas dasar inilah, aliran ini membuka kembali perbincangan, tafsiran serta ijtihad terhadap perkara-perkara yang sudah Qat’I (muktamad/ditetapkan) kedudukannya di dalam agama. Kerana mereka menganggap bahawa perkara yang di anggap Qat’I adalah perkara yang relatif (tidak selamanya benar)


6.      Terhadap hukum-hukum Fiqh
Aliran ini memiliki kaedah ushul tersendiri apabila merujuk kepada hokum-hukum fiqh, iaitu yang diambil adalah tujuan hukum bukan bentuk hukum. Bagi mereka, tujuan hukum adalah menjaga kemaslahatan manusia. Justeru bentuk hukum boleh diubah-ubah asalkan ia dapat menjaga kemaslahatan manusia sesuai dengan zaman mereka hidup. Atas dasar inilah, aliran ini tidak malu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Contoh paling masyhur adalah bab aurat wanita. Aliran ini mendakwa bahawa menutup aurat –khasnya bertudung/berjilbab) hanyalah peradaban masyarakat arab di zaman Rasulullah SAW. Setelah beberapa abad berlalu, bentuk pakaian bertudung dan menutup tubuh badan telah menyelinap masuk kedalam syariat Islam sehingga di anggap sebagai salah satu kewajiban beragama. Kewajiban yang sebenar adalah- menurut aliran ini- adalah apa saja bentuk pakaian yang dianggap sopan oleh masyarakat selari dengan tuntutan zaman dan peradaban.

Rukun-rukun Pemikiran Islam Liberal

Sekularisme
Pemikiran Islam Liberal mengatakan sekularisme tidak bercanggah malah sebahagian dari Islam.

Plurarisme Agama
Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada tuhan yang satu. Perbezaan hanya pada cara sampai kepada tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.

Al Quran Baru Edisi Kritis 
Al-Quran yang ada perlu diedit kerana dikatakan mempunyai kesalahan dan perlu dinilai secara kritis.

Hermeneutika 
Pen’tafsiran’ semula al-Quran menggunakan kaedah ‘hermeneutika’ yang dicelup dari kaedah pentafsiran Bible. Sebagaimana bible dikaji, di mana ayat-ayat yang benar cuba diasingkan dari yang salah , teks al-Quran dikaji dan diubah mengikut selera pentafsir. Menurut kaedah ‘pentafsiran’ ini teks al-Quran tiada bezanya dengan tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ianya mungkin mengandungi kesilapan.

Feminisme 
Perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita di segala segi. Di antara tuntutannya:

Lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaimana wanita beriddah.
Wanita diberi kuasa menjatuhkan talak.
Pembahagian pusaka sama di antara anak lelaki dan wanita.
Poligami adalah tidak sah.


Bahayanya Islam Liberal

            Jika sebelum ini, kaum Yahudi dan Nasrani telah Berjaya mengubah isi kandungan Kitab Taurat dan Injil, maka kini kita juga ada sebahagian dari umat ini mengubah ajaran-ajaran Islam. Jika kita mengkaji dan secara mendalam tentang manhaj-manhaj aliran ini sepertimana yang diterangkan diatas, dapat disimpulkan bahawa mereka adalah sekelompok manusia yang menyembah akal dan mempertuhankan peradaban Barat dalam beragama. Mereka ingin bebas dari penjajahan dan kemunduran, namun saying sekali mereka hanyalah bebas dari tubuh badan manakala mereka masih terjajah dengan pemikiran Barat.
            Mereka mencari kejayaan bukan dengan mengikuti manhaj yang diredhai oleh Allah SWT tetapi dengan manhaj mengikuti orang-prang yang bukan Islam. Dengan cara ini mereka berharap memperoleh kekuatan dan kemulian padahal kekuatan dan kemuliaan tersebut hanyalah milik Allah SWT.


Pemikiran berkenaan Al-Quran

Antara idea kontroversi Islam liberal yang sedang hangat dibicarakan ialah mengenai kemutlakan al-Qur'an sebagai wahyu Ilahi. Nasr Hamid Abu Zayd, seorang penulis Mesir, telah menghasilkan dua buah karya kontroversi. Pertama, Mafhum al-Nass (Penalaran Teks); kedua: Naqd al-Khitab al-Dini (Dekontruksi Wacana Keagamaan). Kedua-dua karya tersebut, menurut Abu Zaid adalah untuk membuktikan bahawa gagasan-gagasan ilmu hermeneutiknya (disiplin yang diambil dari tradisi keserjanaan Barat tentang ilmu kritikan Injil) yang dianggapnya dapat dijustifikasikan kerana ia adalah satu keniscayaan logik.

Dr. Anas Malik Taha, ilmuan di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM, telah mengakaji secara mendalam pandangan NHAZ itu. Bagi Dr. Anas, Mafhum al-Nass (Penalaran Teks) adalah untuk membuktikan bahawa ianya bukan kerana berlaku pertentangan antara Islam dengan ideologi-ideologi luar, tetapi ia adalah hasil yang terbit dari rahim Islam itu sendiri. (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 29).

Selain itu, Dr. Anas turut menyoroti karya keduanya Naqd al-Khitab al-Dini (Dekonstruksi Wacana Keagamaan). Dalam karya ini, Abu Zaid berhujah bahawa kebangkitan Islam yang disebut-sebut selama ini telah menghasilkan golongan yang membaca teks agama secara kaku dan literal (harfiyyah), bahkan sampai pada tahap pentakdisan, pensakralan serta pengingkaran terhadap tabi'at manusia dan sejarahnya. (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 29). Jadi, adalah jelas bahawa acuan pemikiran NHAZ tidak mengakui apa pun selain dari "akal" (rasionalsime) dalam memahami teks agama. Lalu NHAZ mengagungkan sekularisme dengan mengungkapkan frasa berikut: "la sultana 'ala al-'aql ill al'aql" (tidak ada otoritas terhadap akal kecuali akal sendiri). (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 32).

Selanjutnya, karya Mafhum al-Nas (Penalaran Teks) juga adalah manifestasi keghairahan NHAZ terhadap kepentingan akal dalam memahami teks al-Qur'an. Seorang pengkaji dari Indonesia yang cenderung dengan pemikiran NHAZ telah menyatakan bahawa karya tersebut adalah respons intelektualnya terhadap tafsiran pragmatis dan ideologis atas al-Qur'an setelah beliau meneliti cara gaya pemikiran Mu'tazilah. Dia percaya bahawa dengan mendefinisikan "hakikat objektif" teks, tafsiran ideologi dapat dilakukan semaksima mungkin. (Moch. Nur Ichwan, 2003, ms.20).
Salah satu dakwaan yang telah dilontarkan oleh NHAZ bahawa pandangan-pandangan nya tentang al-Qur'an berdasarkan pada pemikiran 'ulama di masa lalu. NHAZ mendakwa bahawa beliau telah banyak merujuk kepada pemikiran Mu'tazilah. Dalam melakukan kajian terhadap al-Qur'an, selain dari rujukan Mu'tazilah, NHAZ gemar menggunakan pendekatan hermeneutic Barat. Persoalannya di sini, apakah pendekatan hermeneutik boleh digunakan terhadap al-Qur'an? Dalam konteks Bible, sememangnya ia tidak bermasalah. Ini ialah kerana Bible sememangnya dikarang oleh ramai pengarang! Apakah al-Qur'an mahu dijadikan karya kepengarangan? Sesungguhnya, NHAZ dalam idea-idea liberalnya begitu sekali terpengaruh dengan teori hermenuetik Friedrich Schlieimacher (1769-1834).

Dalam Mafhum al-Nass (Penalaran Teks), NHAZ berhujah bahawa Junjungan Muhammad (saas), sebagai penerima pertama wahyu dan sekaligus penyampai teks adalah sebahagian dari realiti masyarakat setempat di Kota Makkah. Jadi, membicarakan Junjungan Muhammad (saas) sebagai seorang penerima wahyu tidak bermakna membicara sebagai seorang penerima pasif. Junjungan Muhammad (saas) adalah terikat kepada faktor sosi-budaya dan sejarah masyarakatnya. (Adian Husaini dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 33-34).
Konsep wahyu di sisi NHAZ seperti yang tercatat dalam karya "Nasr Hamid Au Zaid: Kritik Teks Keagamaan" (2003:70), beliau mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang terdapat dalam al-Qur'an bukanlah teks yang turun dari langit dalam bentuk kata-kata sebenar seperti yang masih dipegang kukuh oleh 'ulama tradisonal. NHAZ, sebaliknya mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang terdapat dalam al-Qur'an itu adalah merupakan semacam "spirit wahyu" al-Qur'an yang telah disaring melalui Muhammad dan sekaligus dieksperisikan dalam pengucapan intelek dan kemampuan linguistiknya.
Dengan takrif wahyu yang berbeza dengan takrif konvensional para ilmuan Muslim yang muktabar, jelaslah di sini bahawa NHAZ telah meletakkan Junjungan Muhammad (saas) sebagai seorang "pengarang" al-Qur'an. Walaupun Junjungan Muhammad (saas) adalah seorang nabi yang 'ummi, tetapi Baginda dikatakan turut mengolah redaksi al-Qur'an sesuai dengan kondisinya sebagai manusia biasa. (Adian Husaini dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 34).
Di sini jelas sekali bahawa NHAZ ingin menyamakan teks al-Qur'an dengan teks Bible yang selama ini diyakini oleh para sarjana Bible dengan satu tanggapan: "The whole Bible is given by inspiration of God". Pendekatan NHAZ sebenarnya adalah lanjutan dari tradisi orientalis Barat generasi awal seperti Arthur Jeffrey, Montgomery Watt, Richard Burton, Joseph Shact dan lain-lain lagi. Itulah sebabnya, para penganut konsep al-Qur'an versi NHAZ biasanya tidak mahu menyebut "Allah berfirman dalam al-Qur'an". Ini ialah kerana mereka beranggapan bahawa al-Qur'an adalah kata-kata Junjungan Muhammad (saas) atau al-Qur'an adalah karya bersama antara Muhammad dengan Tuhannya. Dengan melepaskan al-Qur'an sebagai kalam suci Ilahi yang ditanzilkan, NHAZ ingin menegaskan bahawa teks apapun termasuklah al-Qur'an adalah produk budaya manusia (Inna al-nass fi haqiqatihi wa jawarihihi muntaj al-thaqafi). (Adian Husain dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 34-35).
NHAZ juga telah mengkritik kaedah pentafsiran al-Qur'an Ahlu Sunnah wa al-Jama'ah dengan membuat kesimpulan-kesimpul an berikut: 
(1) Tafsir yang benar menurut Ahlu Sunnah, dulu dan sekarang, adalah tafsir yang didasarkan pada otoriti 'ulama terdahulu; 
(2) Kekeliruan yang mendasar pada sikap Ahlu Sunnah, dahulu dan sekarang, ialah kerana usaha mereka mengaitkan "makna teks" dan dalalahnya dengan masa kenabian, risalah, dan turunnya wahyu. Menurut, Abu Zaid, ini bukan sahaja kesalahan pemahaman, tetapi juga merupakan ekspresi sikap ideologi terhadap realiti - suatu sikap yang bersifat keterbelakangan, anti kemajuan dan anti progresif. Justeru, kaum Ahlu Sunnah menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur'an pada empat hal: penjelasan Rasulullah (saas), sahabat, tabi'in, dan terakhir tafsir bahasa.(Adian Husaini dan Henry Salehudin, Ogos, 2004, ms. 35-36).

Selain itu persolaan bahasa juga disinggung oleh NHAZ. Belaiu telah mempersoalkan penggunaan bahasa 'Arab di dalam al-Qur'an yang didakwanya telah mencemari kesakralan wahyu itu sendiri. Sebab menurut NHAZ bahasa 'Arab yang digunakan dalam al-Qur'an ini bukanlah diturunkan di tempat yang "kosong". Bahkan, menurutnya, bahasa 'Arab kala itu sudah memilki struktur dan sistem yang tidak dapat dibebaskan dari struktur dan sistem masyarakat Penerapan teori-teori tadi telah menyebabkan Abu Zaid berpendapat bahawa al-Qur'an sebagai textus receptus, iaitu teks manusiawi kendatipun ia mempunyai asal - muasal Ilahiah. Dengan lain perkataan, lontaran pendapatnya yang paling keras ialah bahawa al-Qur'an itu adalah sebuah produk kultural kerana ia menggunakan bahasa kultural iaitu bahasa Arab. (Moch. Nur Ichwan, 2003, ms.2).

Di dunia Islam, pemikiran feminisme telah disebarkan oleh ideolog-ideolog terkenal seperti Fatimah Mernisi (Maghrib), Aminah Wadud (Amerika Syarikat), Nawal Sa'adawi (Mesir), Rifaa't Hassan (Pakistan), Zainah Anwar (Malaysia) dan lain-lain. Sisters In Islam, umpamanya, telah menuduh para tafsiran al-Qur'an oleh para 'ulama' "bias" gender dan merendahkan martabat wanita. Golongan liberalis juga mendakwa bahawa bahkan al-Qur'an sendiri adalah "bias" terhadap wanita. Cak Nur turut menjadikan persoalan gender sebagai salah satu agenda besar pemikiran Islam dewasa ini. Ketika mengalu-alukan penerbitan sebuah buku khus yang berjudul Argumen Kesetaraan Gender- Perspektif al-Qur'an (2001), karangan Dr. Nasaruddin Umar, katanya buku tersebut".. .menggugah kita bahawa realitas pemikiran Islam dewasa ini harus dibebaskan dari bias-bias gender." (Narasuddin Umar, 2001).


Idea-idea provokatif liberal Islam sememangnya dapat disanggah dengan menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar. Bagaimanapun, respons kita sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan emosi sahaja. Kita perlu membahaskannya secara terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang semakin mencabar pada masa kini. Barangkali antara pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji metodologi Imam al-Ghazali (r.h). Seperti yang telah terbukti bahawa Imam al-Ghazali telah telah mendapat tentangan hebat dari ahli-ahli falsafat di zamannya. Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali (r.h) telah berjaya menggunakan pendekatan ilmiah bagi menangkis pemikiran rasionalisme yang begitu kuat pengaruhnya pada zaman itu.

Dalam konteks al-Qur'an sebagai sebuah Kitab Suci bagi umat Mam, Profesor Dr. M. M. Al-Azami, seorang ilmuan Muslim di Univeriti Ummul Qura, Mekah, telah menghasilkan sebuah karya yang sungguh tinggi nilai keserjanaanya. Karya tersebut memang layak dinobatkan antara tulisan yang terbaik pada abad ini bagi menyanggah pemikiran kontroversi Islam liberal.

Dalam kata pengantar Penerbit Pustaka Gema Insani, Jakarta, Indonesia, dinukilkan kata-kata berikut: "Dengan buku ini Profesor 'Azami menempatkan dirinya di garda depan sebagai ulama terkemuka pembela kemurnian dan keautentikan Al-Qur'an di tengah-tengah upaya serius kaum orientalis menggempur al-Qur'an. Profesor 'Azami membuktikan bahawa al-Qur'an adalah Kalamullah, mukjizat badi hingga akhir zaman." (M. M. Azami, Sejarah Teks al-Qur'an Dari Wahyu sampai Kompilasi, Jakarta, 2005). Semantara Profesor Mohd. Kamal Hassan, mantan Rektor UIAM, dalam kata pengantar mengenai buku ini, turut mengaprisiasikan karya Profesor 'Azami dengan kata-kata berikut: "..Karya ini sangat penting untuk disemak apalagi dalam cuaca akademis pasca pemerintahan Soeharto yang banyak diwarnai polirisasi pemikiran yang begitu beragama yang, kadang-kadang, cenderung destruktif terhadap kesucian ajaran Islam." (M. M. 'Azami, Sejarah Teks al-Qur'an: Jakarta, 2005, ms. xxiii).

Gagasan Islam liberal nampaknya terjebak dengan filsafat Barat dari segi roh dan kaedahnya yang hanya bertuhan kepada akal (rasionalisme) semata-mata. Atas nama objektiviti dan saintifik, golongan Islam liberal terpengaruh dengan metodologi Barat dan mahu meruntuhkan metodologi keilmuan Islam yang telah diterima pakai sejak ribuan tahun lalu. Adalah suatu yang jelas kepada kita bahawa metodologi keilmuan Islam masih terus utuh kerana ia bertunjangkan al-Qur'an dan al-Sunnah -dua sumber epistemologi yang dapat menghadapi tentangan zaman. Para ilmuan Muslim dalam semua bidang pengetahuan agama ('ulum naqliyyah) dan ('ulum aqliyyah) telah dapat mengembangkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu fiqh dan usul fiqh pada tahap keilmiahan yang tinggi. Keupayaan mereka menghadapi persoalan-persoalan baru yang timbul dalam masyarakat Islam pada zaman silam sehingga ke hari ini adalah kerana mereka dapat memahami dengan jelas dan tepat apa yang diistilahkan sebagai prinsip thabit (perkara yang tetap) dengan mutaghayyir (perkara yang berubah-berubah) dalam sumber-sumber Islam seperti al-Qur'an, al-Sunnah dan Syari'ah.

Penutup

            Jadi, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa idea-idea Islam liberal yang kononnya berpaut kepada hujah-hujah al-Qur'an dan al-Sunnah, sebenarnya telah menyimpang dari tafsiran-tafsiran konvensional 'ulama salaf dan khalaf yang muktabar. Dalam hubungan ini, Profesor al-Qaradawi mengingatkan kita supaya berusaha sedaya mungkin untuk menguasai manhaj ilmu-ilmu Islam secara komprehensif sebelum membuat satu-satu rumusan pemikiran baru. Jadi, kita mesti bersikap kritis dan objektif apabila membicarakan pemikiran Islam liberal. Ini ialah kerana pemikiran-pemikiran nadir seumpama itu memang sentiasa ada pada setiap zaman. Fenomena sedemikian itu sudahpun diperingatkan oleh Junjungan Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan terpecah kepada 73 kelompok, hanya sanya SATU sahaja yang dapat dikategorikan sebagai golongan yang benar.






#sem0ga isi kandungan teks yang panjang n menjenuhkan dan menguji stamina keligatan otak kita dapat memberi manfaat kepada kita semua (n_n)

#sumber :beberapa buku rujukan agama karangan Dr Abdul Karem Zaidan,Dr Mustafa El-Rafie serta http://www.haluan.org.my

Hedonisme,Pengikis Jati Diri Muslim


Konsert Jom Heboh, Raja Lawak, Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One In A Million, dan sebagainya .

Muzik, Lagu, Artis, Video, DVD, Majalah Hiburan, Blog Hiburan, Playstation, Pesta Keramaian, Konsert Artis-Artis, dan sebagainya.

Kesemuanya diatas ini pasti sinonim dengan anak-anak muda kita. Cuba perhatikan, kesemua diatas ini boleh kita kategorikan sebagai kelompok sosial yang dipanggil “Hedonisme”. Satu penyakit yang telah menyerang masyarakat kita pada hari ini.

Fenomena ini merupakan satu penyakit yang dibuat oleh musuh Islam sendiri untuk melemahkan kekuatan umat Islam yang pada hari ini berkiblatkan budaya-budaya barat dalam kehidupan.

Terlalu banyak contoh pemikiran Hedonisme ini menular dalam masyarakat terutamanya generasi muda. Saban hari, setiap masa, dari pagi ke petang, dari petang sehingga ke malam, begitu juga tidak kira dikalangan mereka tua mahupun muda, rakyat biasa atau pemimpin semuanya telah disuntik jarum yang cukup membahayakan oleh musuh Islam ini sehingga hiburan telah sebati dalam jiwa masyarakat yang menyebabkan keruntuhan moral dan kebejatan akhlak dikalangan anak muda mudi khususnya.

Usaha serangan pemikiran atau ghazwatul fikr ini telah diingatkan kepada umat Islam supaya berwaspada dengan permainan musuh Islam. Firman Allah SWT “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:89). Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam agar tidak mengikuti mereka dengan meniru cara budaya orang kafir.

Hiburan yang melampau batas yang menjauhkan umat dari agamanya adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan apabila artis-artis dipuja, kehidupan artis dijadikan kayu ukur garis panduan dan ikutan serta bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan masyarakat. Semuanya kelihatan normal kerana digunakan atas nama kemodenan dan mengikut arus zaman.

Inilah pola pemikiran Hedonisme yang jelas menyeleweng tujuan dan matlamat hidup seseorang muslim sehingga berkiblatkan keseronokan semata-mata. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh fizikal, budaya, tutur kata percakapan, amalan dan tindakan anak-anak muda generasi hari ini.

Protokol Yahudi Menjahanamkan Umat

Bagi menjelaskan lagi tentang perancangan musuh Islam berkaitan Hedonisme ini, mari kita bongkar Protokol Yahudi yang ke-13 yang berkaitan dengan Hedonisme ini:-

“Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cendiakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka.

Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan & dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat”.

Realtinya hari ini, perancangan Yahudi-Zionis ini nyata berjaya apabila pelan perancangan dan pelaksanaan ini dirangka berjaya memasuki rumah kita tanpa disedari. Setiap protokol yang disusun mempunyai perancangan tersendiri bagi menguasai orang selain Yahudi serta menguasai dunia. 24 Protokol Yahudi itu atau dikenali ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ adalah pelaksanaan yang diketahui oleh orang-orang yang menganggotai Freemason dan Illuminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang sedang menguasai dunia hari ini yang berada digenggaman Zionis.

4S & 4F – Perancangan Teliti Musuh Islam

Perancangan mereka berdasarkan 8 perkara iaitu, 4S dan 4F yang boleh diterjemahkan (Songs-Lagu, Sex-Seks, Smoke-Rokok dan Sport-Sukan) – (Fun-Hiburan, Female-Wanita, Fashion-Fesyen, Food-Makanan). Kesemuanya ditujukan kepada anak-anak muda, remaja dan generasi pelapis. Perkara ini telah diterjemahkan dalam media massa serta penjajahan minda supaya budaya moden ini meresap dalam minda dan pemikiran masyarakat.

Percaya ataupun tidak, budaya Hedonisme ini sudah bertahun-tahun lamanya bertapak di bumi Malaysia. Kesan Protokol Yahudi ini berjaya menjadi urat nadi manusia, mempertuhankan sesama manusia, menjadikan nafsu dan maksiat bermaharajalela dimana-mana sahaja.

Amat mendukacitakan apabila melihat anak-anak muda hari ini mereka lebih mengenali keperibadian artis-artis berbanding keperibadian para ulama’ dan para Nabi. Bahkan hiburan di Malaysia setanding dengan hiburan di Negara barat. Kita telah menjadi mangsa fesyen oleh pihak barat sehinggakan tidak ada nilai ketimuran dan hilang jati diri akibat terlalu mengagungkan budaya barat. Filem-filem ditayangkan cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu, sehinggakan pembuat filem merasa bangga dengan babak seks kononnya menepati zaman moden. Untuk tidak nampak ketinggalan dan kolot, makanan-makanan barat dihidangkan. Arak diteguk dan rokok-rokok jenama barat dijual sana sini bagi melariskan produk mereka.

Jelas sekali budaya Hedonisme bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai paksi pemikiran.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?” (Al-An’am: 32).

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Firman Allah yang bermaksud:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”(Al-Qiamah: 20-21).

Solusi Ummat

Tidak salah untuk berhibur, berhiburlah selagi tidak melalaikan dan melanggari batas syariat. Islam sudah lama menyediakan jalan hiburan yang sesuai. Iaitu hiburan yang selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu dan melampaui batas.

Malah, di dalam hukum feqh Islam terdapat hukum-hukum permainan alat muzik yang dibenarkan oleh Islam. Ini jelas menunjukkan agama Islam memberikan ruang dan peluang kepada penganutnya untuk berhibur mahupun berkarya asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Justeru, cara terbaik bagi mengubati penyakit Hedonisme ini adalah mengubah dan berubah dengan mentarbiah diri sendiri, ahli-ahli keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat dan Negara supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Berubahlah dari kejahilan kepada ilmu dan berpengetahuan. Semoga kerisauan kita ini menyedarkan dan menyuntik kembali anak-anak muda kita supaya cintakan ilmu, kebenaran dan kebaikan.

Suburkanlah anak-anak muda dengan iman dan taqwa melalui didikan yang sempurna, jati diri yang kukuh, pemahaman ilmu dan pengetahuan agama yang tinggi. Lakukanlah perubahan. Berusahalah semoga Allah memberikan dan mengembalikan kekuatan kepada ummah hari ini.

Jauhkanlah anak-anak muda daripada hiburan dan sukan yang melalaikan. Jauhkanlah anak-anak muda daripada rokok, arak dan dadah. Binalah perkampungan muslim yang cintakan kepada kebaikan dan pemahaman ilmu. Ingatlah segala-gala yang ada dimuka bumi ini adalah keperluan dan bukanlah matlamat kita, matlamat yang sebenarnya adalah akhirat.

Maka tunggangilah dunia ini untuk akhirat demi kebaikan yang abadi dan selamat di akhirat sana.



#dipetik daripada web PMRAM untuk sahabat2 BOSS..

Sabtu, 15 September 2012

Penentangan Manusia Terhadap Allah


FAKTOR PENENTANGAN MANUSIA TERHADAP ALLAH


Para Ulama sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar. la dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan
yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.

Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah As Syams, Allah berfirman yang bermaksud, "Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenai) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)". 

Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu Al Quran mendedahkan bahawa penghuni neraka lebih ramai daripada penghuni syurga. Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, menolak Al Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum-Nya.

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah Taal selaku Pencipta mereka :

  1. Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.
  2. Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun ipian yang enam.
  3. Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta syurga dan neraka.
  4. Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.
  5. Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
  6. Berputus asa daripada rahmat Allah (kasih sayang-Nya).
  7. Tidak mempercayai qada' dan qadar Allah malah mempertikainya.
  8. Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.
  9. Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).
  10. Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.
  11. Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.
  12. Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah Taala.
  13. Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.
  14. Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.
  15. Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.
  16. Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan Iain-lain.
  17. Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.
  18. Meninggalkan tugas utama amar ma'ruf dan nahi mungkar.


Apabila individu Muslim mampu mengelakkan diri daripada 18 perkara di atas, pasti mereka akan meniti kejayaan sebenar. Tidak ada seorang pun yang boleh mengagak bagaimana nasibnya pada masa akan datang, sama ada akan jadi baik atau sebaliknya, semua itu telah ditentukan Allah dalam aspek qada dan qadar yang telah ditetapkan-Nya. Walau bagaimanapun, manusia perlu berubah jika keadaan dirinya pada masa kini tidak memperlihatkan bahawa dia seorang yang baik malah menyanggah banyak hukum Allah Taala.

Khamis, 13 September 2012

Perkahwinan Dari Perspektif Islam

ISLAM DAN PERKAHWINAN






Duhai sahabat/sahabiah yang ambe kasihi sekalian,hayatilah sedikit infomasi berkenaan ISLAM dan PERKAHWINAN ini,bi0r kite faham m0lek guane citer kahwin2 nie..sampai umur blake dh wase,hehe

Seperti yang kita ketahui,Islam adalah agama yang syumul (universal). Agama yang mencakup semua sisi kehidupan. Tidak ada suatu masalah pun dalam kehidupan ini yang tidak dijelaskan. Dan tidak ada satu pun masalah yang tidak disentuh nilai Islam, walau masalah tersebut nampak kecil dan remeh. Termasuklah perkahwinan  yang begitu agung dan penuh nuansa.
 
Dalam Islam, apabila cukup syaratnya, seseorang itu wajib berkahwin dan amatlah baik sekiranya niat untuk mendirikan masjid itu ditunaikan segera.

Perlulah sahabat/sahabiah sekalian fahami bahawa istilah kahwin muda dan sebagainya tidak seharusnya menjadi suatu isu atau dihangat-hangatkan seolah-olah pasangan tersebut belum mampu dek kerana umur yang muda (18-21) atau masih menuntut di universiti. Tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa pihak pengantin lelaki masih lagi kelihatan seperti kebudak-budakan dan tidak berubah.Perkara seperti ni seringkali bermain di bibir orang-orang kite ning..
 Perlulah diketahui bahawa melalui perkahwinan, manusia akan mengalami suatu bentuk perubahan yang cukup besar antaranya dari sudut gaya hidup, tingkah laku dan jiwa.
Dalam Islam, perkahwinan adalah berdasarkan perintah nikah dari beberapa ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Nabi, para ulama berbeza pendapat dalam nenetapkan hukum nikah. Menurut Jumhur Ulama, nikah itu sunnah dan boleh juga menjadi wajib atau haram. Perkahwinan termasuk dalam bidang muamalat, dan kaedah dasar muamalat adalah ibahah (boleh). Oleh kerana itu, asal hukum melakukan perkahwinan dilihat dari segi kaedah hukum Islam iaitu:

1) Ibahah (boleh/harus)
2) Sunnah (kalau dipandang dari pertumbuhan jasmani, keinginan berumah tangga, kesediaan mental, keupayaan membiayai kehidupan berumah tangga telah benar-benar ada)
3) Wajib (kalau seseorang telah cukup matang untuk berumahtangga, baik dilihat dari segi pertumbuhan jasmani dan rohani, mahupun kesediaan mental, kemampuan membiayai kehidupan rumah tangga dan supaya tidak terjerumus dalam lubang perzinaan)
4) Makruh (kalau dilakukan oleh seseorang yang belum sedia jasmani, rohani (mental), mahupun biaya rumah tangga)
5) Haram (kalau melanggar larangan-larangan atau tidak mampu membiayai keluarganya.

Dalam agama Islam, syarat perkahwinan adalah :
(1) persetujuan kedua belah pihak,
(2) mahar (mas kawin),
(3) tidak boleh melanggar larangan-larangan perkahwinan. 

Bila syarat perkawinan tak terpenuhi, maka perkahwinan tersebut tidak sah atau batal demi hukum.
Sedangkan rukun perkahwinan adalah :

(1) calon suami,
(2) calon isteri,
(3) wali,
(4) saksi dan
(5) ijab kabul.





#lenguh d0h ke duk membaca tuh..?hehe
 xkan bab kahwin nie lenguh jugak,meh kite teruskan lagi pembacaan nie (n_n)





Ringkasan Tata Cara Perkahwinan Dalam Islam

Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tata cara perkahwinan berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah yang Shahih. Adapun Tata Cara atau Runtutan Perkahwinan Dalam Islam adalah sebagai berikut:


I. Khitbah (Peminangan)

Seorang muslim yang akan mengahwini seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, kerana dibimbangi dia sedang dipinang oleh orang lain. Dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq 'alaihi). Dalam khitbah disunnahkan melihat wajah yang akan dipinang (HR: [shahih] Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi No. 1093 dan Darimi).

II. Aqad Nikah

Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi :
a. Adanya suka sama suka dari kedua calon mempelai.
b. Adanya Ijab Qabul.
c. Adanya Mahar.
d. Adanya Wali.
e. Adanya Saksi-saksi.

Dan menurut sunnah sebelum aqad nikah diadakan khutbah terlebih dahulu yang dinamakan Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat.

III. Walimah

Walimatul 'urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja bererti makanan itu sejijik-jijik makanan.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, yang artinya: "Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (HR: [shahih] Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).

Sebagai catatan penting hendaknya yang diundang itu orang-orang salih, baik kaya maupun miskin, kerana ada sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, yang ertinya: "Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan bersama orang-orang yang bertaqwa". (HR: [shahih] Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim 4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa'id Al-Khudri).

(Sumber Rujukan: Berbagai Sumber dari Al-Qur'an dan As Sunnah serta Kitab-Kitab Hadis).


#Ramai dalam kalangan sahabat yang seumur dengan penulis yang sudah berjaya mendirikan "Masjid"nie,hehe..
pernah ditanya bila penulis sendiri nak dirikan masjid nie..?
sambil menghadiahkan senyuman manis dan menjawab.."bila tiba masanya~~",hehe

aw0p-aw0p

isLaM