Ahad, 3 Mac 2013

Se0rang Pemuda Pendamba Syurga


Kisah Seorang Pemuda Pendamba Syurga



Seorang pemuda pendamba syurga ini merupakan salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w . Seorang pemuda yang mempunyai misi dan visi yang sangat agung,terang lagi jelas.Tiada suatu pun yang mampu membuatkan matlamat hidupnya goyah sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Baru berusia 17 tahun

Tha'labah merupakan pemuda yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Nama sebenarnya  ialah Tsa'labah bin Abdul Rahman,seorang remaja berusia 17 tahun.

Setelah memeluk Islam,beliau selalu mengikuti Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu,Rasulullah s.a.w akan khabarkan kepada Tsa'labah dan Tsa'labah akan menunaikannya.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tsa'labah mencari sesuatu. metika dalam pencarian barang yang Rasulullah hajati itu,Tsa'labah telah melalui beberapa deretan buah rumah.



Pintu Belakang Yang Terbuka

Entah bagaimana salah sebuah rumah yang dilaluinya itu pintu belakang rumah-nya tiba-tiba terbuka.Angin yang bertiup membuatkan pintu bilik air rumah tersebut juga turut sama terkuak lebar.Ketika itu Tha'labah dengan tidak sengaja terpandangkan ke arah bilik air tersebut lalu terlihatlah akan dia seorang perempuan yang sedang mandi.

"Auzubillah !! Ya Allah aku takut nanti malaikat jibril memberitahu kepada Rasulullah s.a.w ! Ya Allah aku takut turunnya ayat al-qurann ayng menyenaraikan aku dalam golongan yang berbuat dosa!Ya Allah.."



Tsa'labah Merintih

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Mengingatkan akan perbuatan yang telah dilakukannya sebentar tadi membuatkan Tsa'labah menangis dan melarikan dirinya ke arah mana sahaja kakinya melangkah,apabila tiba di pinggir bandar Madinah,terdapat sebuah gua pada bukit yang dilaluinya itu,lalu Tsa'labah memasuki gua tersebut dan meneruskan rintihannya itu.

Tsa'labah menangis dan terus menangis,beliau keal yang amat sangat dengan dosanya itu,walhal segala apa yang berlaku itu bukanlah disengajakannya.

Seketika itu di Madinah, Rasulullah s.a.w menantikan kepulangan Tsa'labah,Sudah beberapa hari berlaku namun Tsa'labah tidak kunjung tiba.Lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar r.a untuk mencari Tsa'labah.

Aku Tidak Mahu Masuk Neraka!

Akhirnya Saidina Umar al-Khattab berjumpa Tsa'labah di tempat persembunyiannya itu.
Umar berkata, "Tsa'labah,Rasulullah mahu berjumpa kamu"
"Kenapa/Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku?Sudah beritahukah jibril kepada Rasulullah?Aku tidak mahu masuk neraka! aku tidak mahu masuk neraka!"kata Tsa'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Tsa'labah bertemu Rasulullah

Oleh kerana Tsa'labah sudah teramat lemah,lalu Saidina Umar r'a memimpinnya pulang ke rumah,Apabila Rasulullah s.a.w.menziarahi  Tsa'labah,Tsa'labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Tsa'labah.Tetapi Tsa'labah mengetepikan kepalanya.
Rasulullah bertanya kepadanya,"kenapa wahai tsa'labah?"
"Wahai Rasulullah,kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu"kata Tsa'labah.

"Apa yang kamu mahu Tsa'labah..?"

"Ya Rasulullah,aku mahukan keampunan Allah"


Alangkah indahnya wahai sahabat-sahabat sekalian,di saat penghujung nafasnya,pengharapannya hanyalah ke ampunan Allah s.w.t...

Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM