Sabtu, 16 Mac 2013

Padan Muka Kamu!



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Padan muka kamu!



Itulah kata-kata 'si hitam',dibisikkan ke dalam hati seorang pejuang

Susunan 3 perkataan tersebut menjadi permulaann kepada post ambe kali ini,sudah sekian lama blog ni tidak di update, sekarang ini usia semakin meningkat , tanggungjawab semakin bertambah , jadi penumpuan lebih kepada tanggungjawab dulu baru boleh nak luang masa tuk blog nie

Okeyh sahabat,sahabat sekalian,syaitan tidak akan pernah berhenti dalam usahanya untuk menyesatkan manusia,syaitan ini akan berusaha dan terus berusaha sehinggalah hari kiamat menjelma.

Buat seorang pendokong Islam di bahunya,inilah cabaran yang besar perlu dihadapi dan memerlukan keteguhan iman yang terpasak di dalam hati agar,sentiasa thabat dan istiqomah sepanjang jalan perjuangan.


"Padan muka kamu wahai manusia,sebelum ini kamu hanyalah seorang manusia dengan kehidupan biasa,bersenang lenang,rilek aje..tetapi sekarang kamu pergi ke hulu,ke hilir, kamu letih dan mengadu tidak kuat , mengapa masih lagi kamu berada di jalan itu..? 
Jalan itu sangat menyusahkan,dan aku tahu kamu pasti merindui untuk bersenang2 bukan?
hujung minggu kita boleh tidur memanjang,
boleh tengok movie,
petang2 boleh pergi jogging sambil2 mencuci mata,
apa sahaja kamu boleh lakukan dengan kehidupan kamu yang dulu,ayuh tinggalkan jalan yang menyusahkan itu"

Inilah bisikan syaitan, dia melihat sedikit ruang lalu terus menyuntik racun yang menjauhkan seorang muslim dari jalan perjuangan..


Buat insan bergelar pejuang,sungguhpun kamu rindu untuk menjadi seorang biasa,namun ingatlah pilihan kamu untuk menentukan cara hidup di atas bumi ini..


Adakah ianya penilaian berdasarkan keimanan?

atau hanya kerana keinginan didorong rangsangan nafsu yang tidak disedari hadir dalam hati..

Teguhkan iman,jadikanlah dirimu golongan yang mendamba cinta ilahi, dan memanifestasikan cinta terhadap Rasulullah dengan menyambung perjuangan baginda hingga ke akhir dan tidak gugur di pertengahan jalan perjuangan...In Sya Allah.










Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM