Ahad, 9 Disember 2012

Pangkah Mendahului Langkah

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang"

Bermula dengan kalimah di atas, sudilah saya menyambung posting untuk blog ini yang telah terhenti buat seketika. Bukan disebabkan ketandusan idea dalam menge'post',hehe tapi kerana kekangan masa,jadual yang terlalu padat membataskan ruang waktu untuk diluangkan bersama blog nie..(^_^)

Hari ini ambe nak bawa satu tajuk seperti anda semua dapat lihat di sebelah atas sana..."Pangkah Mendahului Langkah"

Berdasarkan tajuk ini,sudi inginnya saya menyatakan apakah yang disebut sebagai Pangkah Mendahului Langkah, sebelum jemari ini rancak menyusun langkah di atas papan kekunci ini sudilah di minta untuk sahabat-sahabat yang melihat jika ada perkara yang tidak benar, dibetulkan saya yerp :-)

Tajuk ini tercetus dalam ruang minda saya berdasarkan pemerhatian dan hipotesis ringkas yang dapat disimpulkan dek kerana melihat keadaan semasa remaja-remaja Islam yang semakin hari semakin menyimpang dari panduan Islam,sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta malahan se depa demi sedepa, situasi ini bukan sahaja merungsingkan dan merisaukan hati ini sahaja, namun para pejuang Islam yang lain turut merasakan yang sama.

Melalui penilitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan di jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan orang Islam berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam,secara mereka sedari atau tidak.

Mereka ini juga sepertinya sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidu.


Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur,terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang sedang berlaku sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar,.,Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia ,jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur.

Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang nyenyak tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedang enak tidur dan tidak mahu diganggu. Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi sedar. Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya dan melihat api yang sedang membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri. Kata-katanya bahawa dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu.

Bagaimanakah signifikan yang dapat digambarkan dengan tajuk kita, "Pangkah Mendahului Langkah"

Perkara ini berlaku dalam kalangan mereka yang tidak tidur itu tadi, namun mereka ini di ibaratkan sepertinya "katak di bawah gelas"
Kenapa penulis meletakkan peribahasa seperti itu..?ini adalah disebabkan mereka ini yang melihat kemungkaran dan kemaksiatan di depan mata mereka tetapi yang mereka mampu memangkah individu yang melakukan perkara yang tersimpang dari agama itu dan juga mencari kesalahan mereka yang ada di atas,yang menjadi pemegang amanah.

Namun mereka ini lupa, seorang da'ie itu bukanlah untuk menghukum,tetapi seorang da'ie itu adalah orang yang menyeru manusia untuk kembali menyembah kepada Allah s.w.t.

Di samping memangkah,mereka juga hanya tahu menyebut dan merancakkan tarian jar-jemari di papan kekunci menyatakan kekesalan di atas suasana yang bercanggah dengan ajaran Islam namun dia ini hanyalah berada di depan komputer dan goyang-goyang kaki.

Seharusnya sebagai seorang penda'ie,sedarlah kalian semuanya..
Di samping kita memperkatakan kemungkaran yang ada,hendaklah kita bertindak dengan anggota kita, dengan hanya berkata-kata tanpa gerakan langkah tinggalah kata-kata tersebut sebagai kata-kata semata-mata.

Seharusnya kita mempersoalkan setiap masa akan diri kita,hari ini berapa ramai orangkah yang berjaya aku menambat hatinya dengan Islam..
Dalam menjalankan usaha dakwah pula,haruslah mengitkut flow2 yang sepatutnya dalam menjalankan usaha dakwah dan tarbiyah, tarbiyah bukanlah apa yang tercetus di dalam hati namun tarbiyah adalah didikan Allah s.w.t untuk hamba yang di cintainya..

Setakat hari ini,buatlah checklist, serta bermuhasabah adakah aku telah melakukan perkara untuk membawa ummah kepada Mu ya Allah...tepuk dada tanya hati....selamat beramal dan

Assalamualaikum w.b.t..(^_^)

aw0p-aw0p

isLaM