Jumaat, 28 September 2012

Rasulullah s.a.w Tokoh Ummah,Susuk Hinaan Yahudi Laknatullah


Mutaakhirin ini sedang hangat dipaparkan di dada-dada akhbar dan media maya berkenaan isu penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w.Media-media barat akhir-akhir ini dilihat begitu berani secara terang-terangan menghina seorang pemimpin ummah yang begitu dicintai oleh umat Islam.Sebelum ini,mereka melakukan siri penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dengan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w.Baru-baru tindakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w lebih ketara apabila diterbitkan sebuah filem yang bertajuk “Innocence of Muslim” diarah oleh Sam Bacile.Setiap paparan didalam klip video tersebut mengisahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang yang kaki perempuan dan seorang penyebar keganasan dan kezaliman.

Klip video ini telah menyebabkan semaraknya api kemarahan umat Islam di seluruh dunia.Namun tiada seorang pun daripada pimpinan Negara Islam yang bangkit untuk melawan kebiadaban barat terhadap sensitiviti umat Islam. Bermula daripada Timur Tengah hinggalah ke Asia Tenggara,semuanya bangkit mempertahankan peribadi Rasul junjungan yang paling dikasihi oleh umat Islam.


Dulu lagi..

Kisah penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. telah lama berlaku,bahkan ketika hayat baginda juga baginda Rasulullah s.a.w  telah dicerca,dihina,dimaki dan macam-macam lagi.Mengimbas kembali sirah ketika mana Rasulullah s.a.w,di saat Islam berada pada peringkat awal perkembangannya,pernah Rasulullah s.a.w diletakkan dengan najis haiwan ketika baginda sedang bersolat oleh Uqbah bin Abi Muit.Mengalir air mata puteri baginda,Fatimah r.a ketika membersihkan kepala ayahnya yang mulia itu.Di samping itu,ketika Rasulullah ke Taif,baginda telah dilempar dengan batu oleh penduduk Taif sehinggakan darah yang mengalir memenuhi sepatu baginda.


Tuduhan-tuduhan

Begitu hebat penghinaan yang dilakukan semasa hayat baginda..mereka juga menuduh dengan tuduhan yang lain antaranya

Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah (syair) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang yang kurang akal. Abu Jahal telah mengupah para pencacai dan pencaci untuk menghina Nabi melalui medium seni, di antaranya ialah An Nadhar Bin Al Harith.
Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang tukang sihir.
Nabi S.A.W didakwa tidak layak sebenarnya untuk menjadi wakil Tuhan.

Penghinaan yang dikenakan semasa hayat baginda itu adalah kerana ia merupakan dasar bagi mereka yang memperjuangkan kebatilan.Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat dan mengiktiraf semua nabi-nabi yang terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-quran.Penentangan di zaman hayat Rasulullah s.a.w. begitu dahsyat kerana golongan kafir bertungkus lumus untuk menghapuskan riwayat baginda di samping menghinanya di khalayak.
Epilog penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w berlanjutan sehingga ke abad ini.Penghinaan yang dilakukan oleh Yahudi ini bukan henye kerana bersuka-suka semata-mata.Tetapi mereka mempunyai agenda mereka dalam menyentuh sensitiviti umat Islam ini.



Provokasi Jahat Yahudi dan Nasrani

Penghinaan ini adalah merupakan satu Provokasi Jahat yang dilakukan oleh Yahudi.Tujuan provokasi jahat ini dirancang adalah kerana mereka mahu member gambaran kepada penduduk dunia bahawa umat Islam sebagai bangsa pengganas,bangsa yang menyebarkan keganasan.Kenapa mereka lakukan sebegini? Kerana mahu menimbulkan pesimis dalam kalangan penduduk dunia agar bencikan Islam.Dalam kalangan penganut agama Islam ini,terdapatnya golongan-golongan ekstremis yang mana,mereka lupa akan pesanan Rasulullah s.a.w kepada penghulu-penghulu tentera iaitu larangan dalam peperangan.Umat Islam yang ekstremis terus menyerang kedutaan-kedutaan Amerika tanpa memikirkan akan pesanan Rasulullah s.a.w. Yang sepatutnya kita perangi ialah pelakunya kesalahan tersebut bukannya dengan melakukan kemusnahan.Sabda Rasulullah s.a.w :-

“Sungguh saya berwasiat kepadamu dgn sepuluh perkara: jangan sekali-kali kamu membunuh wanita, anak-anak & orang yg sudah tua. Jangan memotong pohon yg sedang berbuah, jangan merobohkan bangunan, jangan menyembelih kambing ataupun unta kecuali hanya untuk dimakan, jangan membakar pohon kurma atau menenggelamkannya. Dan janganlah berbuat ghulul atau menjadi seorang yg penakut”.

Sedikit peringatan untuk pejuang yang mencintai Allah dan Rasulullah,kalau kaki di ketik oleh semut,cukuplah dengan mematikan semut tersebut sahaja dan janganlah kamu pergi membakar sarangnya pula.


Perkembangan Islam

Di samping itu,perlakuan mereka sebegini sebenarnya di sebabkan oleh kerisauan mereka terhadap perkembangan semasa Islam di serata dunia,berdasarkan kajian semasa yang telah dilakukan peratusan orang yang memeluk agama Islam semakin meningkat terutamanya dari kawasan barat itu sendiri.
Orang Yahudi dan Nasrani ini juga sebenarnya cemburu kepada umat Islam,kerana umat Islam yang mempunyai satu hari setiap satu minggu yang mengumpulkan umat Islam di rumah Allah iaitu pada hari Jumaat yakni juga dikenali sebagai “sayyidul ayyam”.Setiap hari jumaat,kesemua umat islam akan sama-sama berkumpul di masjid terutamanya dari kalangan muslimin.Jemaah Islam terbentuk dan terlihat kekuatannya di situ,umat Islam apabila berpadu akan terlihatlah kekuatan padanya.Ketika kita kecil-kecil dahulu kita sering mendengar perumpamaan 1 lidi dapat dipatahkan dengan mudah,namun apabila terdapatnya seberkas lidi,dengan kudrat yang ada tidak mampu untuk mematahkan lidi tersebut.Begitulah gambarannya dalam masyarakat Islam.



Ketiadaan Sistem Khalifah

Mengapa sekarang Orang Yahudi dan Nasrani semakin berani menghina Nabi Muhammad s.a.w..?
Ketiadaan Institusi Khalifah telah menyebabkan tiada kekuasaan Islam yang mampu menjaga kemurniaan dan kesucian Islam daripada dihina dan menjadi bahan persendaan orang kafir.Cuba kita lihat sekarang,tiada mana-mana pemimpin Negara Islam bangkit di hadapan Amerika Syarikat berkenaan perkara tersebut.
Imbas kembali sejarah Islam,ketika zaman pemerintahan khalifah Mu’tasim ketika zaman kerajaan Bani Abbasiyyah.Ketika mana seorang muslimah yang telah telah di ganggu kehormatannya sehinggakan berteriak “wa mu’tasim”,wahai Mu’tasim..tolong lah aku..”.Ketika itu ada seorang pemuda di situ,namun dengan dirinya seorang tidak mampu menghadapi sekumpulan lelaki yang memperlecehkan muslimah tersebut lalu mengenderai kudanya untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mu’tasim.Mu’tasim yang mendengar perkara tersebut lantas mengerahkan tenteranya untuk memerangi Negara tersebut.
Lihatlah,dek kerana seorang muslimah yang di cabul kehormatannya telah mendapat pembelaan daripada seorang khalifah ketika itu.Maruah wanita dan Islam dapat terjaga.Sistem khilafah berterusan,namun begitu tidak kekal lama apabila khilafah Turki Uthmaniah tumbang.Apabila berlakunya keruntuhan khalifah.Kesemua mereka telah menjadi mangsa sekularisme yang diterapkan oleh penjajah.



Bangkit Anak Muda!!

 Melihat perkara yang berlaku akhir-akhir ini,anak-anak muda perlu bangkit dari tidur yang lena.Sudah sampai masanya untuk pemuda-pemuda harapan bangsa untuk menyahut seruan Allah untuk menjadi salah satu diantara penolong agama Allah seperti mana yang telah di sebut di dalam surah As-Saff ayat 14.

"Wahai orang yang beriman, jadilah penolong-penolong agama Allah sebagaimana Isa bin Maryam berkata kepada golongan ‘Al-Hawariyyun’ (sahabat-sahabat karibnya): Siapakah yang akan menjadi penolongku kepada Allah (dalam menegakkan agamanya)?
Lalu Al-Hawariyyun berkata: Kamilah penolong-penolong agama Allah, lalu sebahagian daripada Bani Israil beriman dan sebahagian lagi kufur. Maka kami menolong orang-orang yang beriman lalu mereka menjadi orang-orang yang mencapai kemenangan."

Ayat di atas mewajibkan semua orang yang mengaku beriman kepada Allah, mengaku beriman dengan al-Quran dan hari akhirat supaya membantu menegakkan Islam. Setiap muslim hendaklah memastikan dirinya bersama-sama dengan ajaran Islam yang sebenar, di samping sentiasa menjadikan agamanya sebagai perkara utama yang perlu diambil berat.


Jangan Terpesong

Segala tindakannya dan ucapannya hendaklah di dalam usaha memartabatkan agama Allah S.W.T. sahaja. Dengan itu kita akan sentiasa berada di dalam hidayah Allah dan terselamat daripada terpesong dari jalan lurus yang ditentukan Allah ini. Sebenarnya Allah S.W.T. maha berkuasa dan maha perkasa. Dengan kekuasaan dan keperkasaan itu, Allah S.W.T. mampu untuk menjadikan semua makhluk beriman dan tunduk kepada syariat Allah.

Tiada sesuatu pun yang boleh menjadi halangan kepada Allah kerana Allah S.W.T. berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Firman Allah dari surah Yunus ayat 99 yang bermaksud: "Dan kalaulah Tuhan kamu menghendaki, pasti akan beriman yang berada di bumi kesemuanya."


Tegakkan agama Islam

Namun yang demikian, Allah S.W.T. telah menjadikan kepada tiap-tiap perkara itu mempunyai sebab dan musababnya, dan di sebaliknya ada hikmah-hikmah yang tertentu. Ini bermakna perjuangan untuk menegakkan ketuanan Islam di atas muka bumi ini perlu didokongi oleh umat Islam yang menjadi khalifah Allah di bumi ini. Oleh itu Allah S.W.T. mewajibkan kita agar berusaha menegakkan agamanya. Kewajipan ini sebenarnya adalah untuk manfaat diri kita sendiri dan bukan sebagai keperluan kepada Allah. Manusia yang menolong dan membantu agama Allah sebenarnya membantu diri mereka sendiri, kerana dengan itu mereka akan dikurniakan dua nikmat dan kurniaan yang amat besar iaitu:

Pertama: Kejayaan di atas muka bumi dengan tertegaknya syariat dan keadilan Islam.

Keduanya: Keredhaan Allah dan syurga yang lebih luas dari langit dan bumi, yang akan diberikan Allah kepada sesiapa yang mengorbankan harta benda, jiwa raga untuk Allah dan agamanya.
Firman Allah dari surah As-Saff ayat 10-13 yang bermaksud:

 "Wahai orang yang beriman, tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang dapat membebaskan kamu daripada azab yang amat pedih (azab neraka). (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa kamu, itulah yang lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui. (Allah) akan memberikan keampunan kepada kamu daripada segala dosa kamu dan akan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, serta tempat kediaman yang baik di syurga ‘adnin’ itulah kejayaan yang besar.
Selain dari itu kamu mengharapkan kemenangan dari Allah dan pembukaan yang dekat, maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman."


Itulah kewajipannya manusia, untuk sama-sama perihatin kepada Islam dan berusaha untuk mendaulatkannya. Tetapi apa yang menyedihkan kita, kebanyakan umat Islam sekarang telah lupa tanggungjawab ini bahkan tenggelam di dalam urus kesibukan dunia. Mereka dialpakan oleh kesenangan dunia sedangkan yang memberikan kesenangan kepada mereka ialah Tuhan yang menyuruh mereka menegakkan agamanya. Mereka mengambil rezeki Allah tetapi lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah. Inilah gejala kufur kepada nikmat Allah yang berkuasa kepada orang yang mengaku beriman dan bersyukur kepada Allah.



Ejen Musuh Islam

Tambah menyedihkan lagi apabila tiada langsung niat di dalam hati untuk menolong menegakkan agama Allah, bahkan sebaliknya menjadi penolong kepada musuh Allah yang ingin memusnahkan Islam. Ini sama ada disedari ataupun tidak, akan menjadi ejen kepada musuh Islam dan duri dalam daging masyarakat Islam. Kepada mereka Allah S.W.T berfirman dari surah Hud ayat 113 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu akan disambar api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan (pada hari ini kerana perbuatan kamu itu)."

Marilah kita setia untuk bersama-sama Islam, walaupun di mana Islam itu berada, tidak kira sama ada ketika Islam berkuasa ataupun tertindas, semasa Islam disukai ramai ataupun bersendirian serta daging. Sabda Rasulullah dari Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud: "Islam bermula di dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang (pada akhir hayat dunia ini) maka beruntunglah orang-orang yang dagang (bersama Islam)."

Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM