Ahad, 2 September 2012

Catatan Kalam Murabbi

Hari Raya Aidilfitri yang lepas memberikanku satu pengalaman yang cukup bermakna bersama sahabat-sahabat.Manakan tidak jelajah k0nvoi raya ke rumah sahabat-sahabat yang berada di merata ceruk kawasan seluruh negeri Terengganu,negeri kesayanganku ini,hehe



Konvoiii~

Kemuncak k0nvoi kami pada hari raya ke 3 itu ialah,kami berkesempatan untuk mengunjungi rumah seorang tokoh agamawan yang terkenal di seantero dunia,boleh dikatakan beliau ini merupakan seorang ulama' antarabangsa.Penglibatan beliau dalam perjuangan menegakkan islam bermula sejak kecil lagi sehingga beliau menginjak usia emas masih lagi berterusan menjalankan perjuangan tanpa mengenal erti penat lelah.
Di peringkat antarabangsa,beliau digelar sebagai timbalan mujaddid tersoh0r yang kita kenali iaitu Dr Yusuf Al-Qardawi,jadi mesti timbul satu persoalan disini,iaitu "Siapakan insan ini..?"

Beliau tidak lain,tidak bukan Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang



Sepanjang berada di teratak beliau,banyak kalam2 taujihad yang dapat dikutip dan boleh dijadikan panduan sebagai seorang abna'ul harokah.
antaranya ialah..

"Ilmu yang terbesar ialah ilmu daripada ISLAM,yang ,mana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w,terkandung di dala,mnya mukjizat al-quran yang wajib di imani dan dilaksanakan,sekiranya kita beramal dengan apa yang kita tahu,Allah akan menambahkan lagi ilmu yang kita tidak ketahui,dan itulah mukjizat yang terdapat pada Al-Quran.."

Sememangnya ilmu kami ini masih lagi kurang,tetapi dengan mengamalkan ilmu yang ada walaupun secebis InsyaAllah,Allah akan mendatangkan kefahaman yang lebih didalam islam..

Dengan kata-kata inilah,sebagai se0rang islam,kita kene yakin dengan Allah,ilmu yang kita ada untuk diamalkan bukan untuk dibangga2kan..peningkatan daripada pengetahuan kepada pengamalan seterusnya membawa kepada penyampaian,penyampaian inilah menjadi nadi penggerak kepada pejuang pendokong islam.Atau dalam k0nteks agama disebut sebagai "dakwah"

Jalan Dakwah

Jalan Dakwah pasti menghadapi pelbagai rintangan dan halangan,lihat sahajalah kisah di zaman Rasulullah,ketika mana dicerca oleh Abu Lahab di Bukit Safa..berterusan sehinggalah Rasulullah berhijrah ke  Madinah,

Sebagai seorang pendakwah,pend0kong islam,pejuang agama,kita hendaklah mempunyai r0h bersama Rasulullah,apabila kita menghadapi ujian dan cabaran dalam menyampaikan islam kepada sahabat2 yang lalai,dan juga dalam kalangan masyarakat,menghadapi t0hmahan,cercian,kejian,dipulaukan dan macam2 lagi..cuba kita letak diri kita di sisi Rasulullah,apabila dil0ntar batu masih lagi meneruskan perjuangan, dihina dit0lak biasiswa,dipulaukan dimaki di k0ta Mekah,namun sebagai hati pejuang tidak b0leh mudah mengalah.

     perlukan hati yang besar

                 
Ujian dan rintangan yang mematangkan kita dalam meneruskan jalan perjuangan.


Begitulah yang dipamirkan oleh orang dekat dengan Allah dan Rasulullah dan yang sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah,Tuan Guru Abdul Hadi atau dikenali dalam kalangan masyarakat kampung dengan panggilan Ayah Chik.Sepanjang usia penglibatan menyebarkan islam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran.

Maka betullah

"Ulama' Pewaris Para Nabi"

Para Nabi bermula Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi Muhammad sentiasa menghadapi ujian,maka pewaris para nabi turut sama akan merasainya kerana ini adalah proses tarbiyah Allah s.w.t kepada kekasihnya.

Oleh itu kepada para pejuang sekalian,
Walaupun menghadapi apa jua halangan,dugaan,dan cabaran,jangan sesekali kamu berpaling dari jalan perjuangan,jalan perjuangan untuk orang yang gagah,bukan nya untuk orang yang lemah yang cepat merajuk apabila merasakan diri ini tidak mampu

BANGKIT PEMUDA!!!

Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM