Isnin, 3 September 2012

Jangan Leka Sentiasa Berpegang Dengan Islam



Sebagai seorang pemuda islam,kita merupakan salah satu aset yang terpenting dalam membentuk kerajaan yang berjaya kerana pemuda merupakan tiang negara.Oleh itu,wahai pemuda-pemuda sekalian marilah sama-sama kita membangunkan islam kembali gah seperti pada zaman Rasulullah s.a.w yang mana islam begitu terkenal di seluruh pel0sok dunia ketika zaman baginda.

Pernah suatu ketika dahulu di Palestin,pihak yahudi begitu sukar untuk mengalahkan dan menakluk wilayah palestin.Dihantar oleh mereka seorang perisik ke Palestin untuk menyelidik apa yang dilakukan oleh rakyat Palestin sehingga begitu sukar untuk ditakluk.

Perisik tersebut melalui sebuah kampung lalu dia terlihak seorang pemuda Palestin yang menangis,ditanyakan kepada pemuda tersebut kenapa dia menangis,dia memberitahu bahawa semasa latihan menembak dia telah menembak tidak tepat 1 kali daripada 10 tembakannya,pemuda tersebut risau jika satu 1 tembakan yang tidak tepat tersebut akan mnyebabkan negaranya jatuh ke tangan yahudi laknatullah.Perisik tersebut kembali ke ibu pejabatnya dan menyatakan kepada ketua mereka,"kita tidak akan menang jika kita serang sekarang kerana anak muda mereka yang begitu berani dan berjiwa teguh dan bersemangat yang kuat"



Selepas beberapa tahun kemudian,perisik tersebut kembali semula untuk melakukan risikan di kampung yang telah dia kunjungi suatu ketika dahulu,dia terjumpa seorang pemuda lalu menanyakan kepada pemuda tersebut kenapa dia menangis,tetapi alangkah malangnya dia menyatakan dia menangis kerana PUTUS CINTA,diulangi PUTUS CINTA..

lalu perisik tersebut kembali ke ibu pejabatnya dan menyatakan "Kita sudah boleh menyerang palestin"

Ini menunjukkan pemuda-pemuda sudah tidak mempunyai semangat yang kental seperti pada tahun-tahun sebelumnya..

Ayuh lah sahabat-sahabat sekalian,sedarlah dari mimpi-mimpimu,tibalah masa untuk kita bangun wahai sahabat sekalia,tenaga yang kita ada mampu untuk menggoncangkan dunia ini seperti kata-kata presiden indonesia dahulu
"berikan aku 10 pemuda yang berjiwa kental,pasti akan dapat ku goncangkan dunia"
Kita punya banyak tenaga,jangan kita bazirkan tenaga di usia muda dengan perkara sia-sia,apa gunanya menunggang motorsikal dengan laju nya,mengangkat tayar hadapan dengan angkuhnya,menonggeng tayar belakang dengan bongkaknya,tiada apa-apa yang kita dapat jika memperlakukan seperti itu,hanyalah nama,keegoan,kebongkakan,riak dan takabbur sahaja yang akan bersarang didalam hati kita wahai sahabat,jauhilah perbuatan tersebut,kita lakukan sesuatu yang lebih berfaedah daripada itu.

Ingat lah wahai sahabat,sifat-sifat takabur,riak,bongkak dan yang seumpama dengannya adalah merupakan penyakit hati,penyakit tersebut yang tidak dapat terlihat melalui pandangan zahir,namun dapat dizahirkan dengan perbuatan..
Allah telah menyatakan didalam al-quran,"di dalam hati anak adam itu terdapat penyakit,lalu Allah membahkan lagi penyakit tersebut didalam hati anak adam"..

Marilah sahabat-sahabat,rakan taulan,kita berjihad ke jalan Allah..kita bangunkan ISLAM sudah tiba masanya untuk ISLAM bangkit,ayuhlah kita sama-sama memartabatkan agama Allah.

Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM