Sabtu, 1 September 2012

Pejuang TinTa IsLami


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Nama bl0g PeJuang Tinta Islami,satu cetusan idea daripada seorang sahabat yang sangat saya kasihi
*xleh bagi tahu siapa orangnya ^_^,hehe




Apabila disebut sebagai PEJUANG , ialah orang yang melaksanakan agenda perjuangan,matlamat perjuangan kita sebagai seorang muslim untuk mencapai tahap FI SABILILLAH iaitu dengan cara menegakkan kalimah Allah setinggi2nya,selari dengan sabda Rasulullah s.a.w:

أَنَّ رَجُلًا أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Asy'ary r.a,
Sesungguhnya datang seorang Arab Badwi kepada Rasulullah s.a.w dan bertanya
"Wahai Rasulullah! Ada seorang berperang untuk mendapatkan harta rampasan,ada juga sesorang berperang untuk membuktikan kejantannya dan ada yang berjuang untuk melihatkan kemampuannya,oleh itu siapakah di antara mereka yang berada dijalan Allah..?
"Sesiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah setinggi-tingginya berada di jalan Allah"

Jalan Perjuangan bukan jalan yang mudah tetapi memerlukan seorang pemuda yang berjiwa besar,bersemangat yang tinggi dan punyai keteguhan iman..

Cukup sekadar melalui tinta maya ini untuk kita sama-sama berkongsi hal-berkaitan agama , perkongsian isu semasa serta boleh sahaja disertakan dengan perbincangan2 lain.

Apabila disebut sebagai seorang muslim,tertaklif secara automatik ke atas pundak kita tanggungjawab sebagai seorang pend0kong islam,mendirikan Islam didalam diri kita kemudian membentuk juga insan-insan yang lain untuk menuju kepada sebuah masyarakat yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Sem0ga mendapat manfaat atas c0retan2 yang akan kalian santapi.(n_n)

Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM