Sepanjang hayunan langkah menuju ke matlamat yang satu iaitu Allah s.w.t.. kadang2 langkah ini sumbang,tersepak tunggul kealpaan,tergelec0h lubang kemaksiatan.. Namun,sentiasalah mem0hon kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan sepanjang perjalanan,agar thabat dalam jalan PERJUANGAN..
Sabtu, 8 September 2012
Ya Allah..Sabarkan dan Tabahkanlah Hatiku..
Ya Allah..
sabarkan dan tabahkanlah hatiku untuk menghadapi titian hidup yang penuh dengan godaan dan cabaran ini...
Ya Allah..
tunjukkanlah aku siratul mustakim supaya aku tidak terpesong dari landasanMu..
Ya Allah..
bimbinglah aku supaya aku berubah ke arah kebaikan dan terus istiqomah dengan kebaikan itu..
Ya Allah..
jauhilah aku dari sifat-sifat yang tercela,sifat-sifat mazmumah supaya aku sentiasa berada di bawah lembayungMu..
Ya Allah..
peliharalah aku dengan sifat-sifat yang terpuji,hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah supaya hidupku diberkatiMu..
Ya Allah..
redhailah aku menumpang di muka bumiMu buat sementara waktu ini dan tanamkanlah sifat bersyukur di hatiku ini..
Ya Allah..
kurniakanlah aku nur keimanan supaya hidupku lebih berseri dan dilimpahi rahmat dariMu..
Ya Allah..
berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan apa yang ingin aku lakukan dan akan aku lakukan..
Ya Allah..
aku mohon padaMu terimalah aku supaya aku mendapat kasih sayangMu..
hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku..
tunjukkanlah aku jalan kebenaran,jalan hidayah supaya aku sentiasa berada di jalan yang lurus dan tidak tersesat..
Ya Allah..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan