Ahad, 9 September 2012

Secangkir K0pi~






segenggam k0pi dikacau di dalam sebuah gelas,
pasti rasanya pahit
namun jika segenggam k0pi dikacau di dalam sebuah telaga...






Disebalik kata2 yang manis di atas rupa-rupanya terdapat cerita yang dapat dijadikan pengajaran di sebaliknya..


  Pada suatu hari,seorang pemuda menghadapi satu masalah yang sangat merungsingkan dan menyerabutkan di benak kepalanya,lalu pemuda tersebut berjalan-jalan di sebuah pekan untuk menghilangkan rasa tekanan dan keserabukkan di benak kepalanya itu.

  Sedang berjalan2.dia terlihat seorang lelaki tua yang sedang berishtirehat di pangkin rumahnya itu,lalu pemuda tersebut terus pergi kearah lelaki tua itu dengan harapan dapat dia menghilangkan kesrabutan di fikirannya dengan cara berbual-bual dengan seseorang.

  Setelah sampai kepada lelaki tua tersebut,dia memperkenalkan diri dan memulakan perbualan diantara mereka.

pemuda,"Assalamualaikum pak cik,rilek betul pak cik nie yerp",

"Waalaikumussalam,ye anak muda..biasalah orang dah tua-tua nie,duk rilek-rilek je la,lagipun nak buat kerja berat ke hulu dan ke hilir dah tak mampu lagi dah",jawab lelaki tua tersebut..

 Bermula daripada sapaan tersebut sehinggalah membawa kepada masalah sebenar yang dihadapi oleh pemuda tersebut sebelum itu.Pemuda tersebut memberitahu kepada lelaki tua itu bahawa dia mempunyai masalah yang sangat menyerabutkan kepalanya.

"Pak Cik,sebenarnya saya berbual dengan pak cik nie sebab saya nak hilangkan keserabutan di kepala saya hari ni,masalah tu menyebabkan saya rasa rezakk yang amat sehinggakan banyak kerja tidak dapat
disiapkan"keluh pemuda tersebut..

 Sambil mel0ntarkan satu senyuman yang manis,lelaki tua tersebut berkata "Wahai anakku,sila kamu masuk ke dalam rumah ku di dapur sana dan ambilkan secawan air masak beserta segenggam kopi.."

 Tanpa banyak soal walaupun di benaknya kebingungan dengan apa yang di minta oleh lelaki tua tersebut lalu dia pergi mengambil barang-barang yang telah dinyatakan sebentar tadi.

"Ini dia k0pi dan air masaknya pak cik",berkata pemuda tersebut sambil menghulurkan kopi dan air masak tersebut.

"Kopi yang ada di dalam genggamanmu itu,cuba kamu letakkan didalam air itu dan kacau..apabila sudah ok,kamu cuba meminumnya.."

"puihhhhh!!,pahitt!! apa nie pak cik,pahit lepang air kopi nie,kenapa pak cik suruh saya minum air yang pahit macam ni!",dalam nada yang tinggi pemuda tersebut tersedak meminum air tersebut.

dengan melemparkan senyuman kepada pemuda itu,lelaki tua tersebut mengajak pemuda itu ke telaga di belakang rumah dan disuruhnya pemuda itu untuk mengambil segenggam k0pi lagi di dapur.

 Ketika berada berhampiran telaga tersebut,lelaki tua itu sekali lagi menyuruh pemuda itu menabur segenggam k0pi di dalam telaga itu.Dalam keadaan masih terpinga-pinga pemuda tersebut menurut apa yang disuruh oleh lelaki tua itu.

"Wahai anak muda,cuba kamu ambil air di dalam telaga itu dan kamu minum airnya..",arah lelaki tua itu.

Apabila mengangkat timba dari isi perut telaga itu,pemuda tersebut lantas meminum air itu,
Alangkah terkejutnya pemuda itu dek kerana air yang di minum olehnya tidak terasa pahit seperti mana air didalam gelas sebentar tadi.



Lelaki tua mengajak pemuda untuk sama-sama duduk di bangku yang berada dibawah p0hon yang daunnya merimbun sambil bertanyakan kepada pemuda tersebut,adakah dia faham di antara kedua-dua perbuatannya sebentar tadi.Pemuda tersebut menyatakan bahawa dia sama sekali tidak faham dengan apa yang telah dilakukannya tadi.



"Wahai anakku,aku meminta padamu untuk memasukkan segenggam air kedalam gelas adalah untuk kamu sedar dan ketahui apabila sesuatu masalah itu melanda diri kamu lalu kamu menyempitkan hatimu dengan masalah tersebut nescaya kamu akan merasai keperitan dan merasa terbeban yang amat sangat kepada dirimu...

Namun jika kamu melapangkan hatimu tuk setiap masalah dan ujian yang kamu hadapi,kamu tidak akan merasakan bahawa masalah itu perit bagi kamu sepertimana air telaga yang tidak pahit walaupun ditabur dengan segenggam k0pi..."



#Sahabat2 ambe seme,kalu diteng0k pada cerita nie,buliss kite rumuskan bahawa setiap masalah akan dapat dihadapi dengan hati yang lapang menerima pelbagai ujian..ingatlah setiap ujian yang datang itu daripada Allah sebagai latihan untuk menguatkan lagi hati kita...

Mungkin timbul kata-kata dari sahabat,elehh betul la sangat tuh~~
Betul bagi yang betul menerima ujian ini,bagaimana nk gag0h hadapi ujian ini..?

Sentiasalah mengadu kepada Allah di malam hari beserta berzikir mengingati Allah s.w.t (n_n)

##h0k kaler lain tuh bese orang terengganu gune,kalu nk tahu kene tanye orang terengganu~

Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM