Jumaat, 14 September 2012

Jangan Hina Nabi Kami!

Hari ini, 14 SEPTEMBER 2012 telah menjadi saksi di atas solidariti dan paduan suara umat islam selepas Rasul junjungan yang amat dikasihi oleh semua umat islam di dunia ini telah dihina oleh orang kafir di Amerika Syarikat.

Seluruh negara,bahkan di peringkat antarabangsa bergema dengan laungan kecaman terhadap kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika nyang menghina Rasulullah melalui filem yang terbarunya yang berjudul "Innocence of Muslims"..






Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’.


Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

Penulis sempat juga bersama-sama umat islam di negeri Terengganu ini berpadu suara di Masjid Rusila menunjukkan bahawa penulis turut sama mengecam tindakan yang dilakukan oleh penerbit filem tersebut.









 





Sepanjang himpunan tersebut,seorang Ulama tersohor tanah air dan juga di peringkat antarabangsa Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ucapan yang mengecam tindakan penerbit tersebut dan menaikkan semangat dan kasih sayang terhadap Rasulullah untuk melawan dan memerangi mana-mana individu yang menghina Rasulullah yang tercinta

 http://www.youtube.com/watch?v=foNB_wz8JVU
 
Wahai umat islam yang masih terlena dibuai mimpi dunia,bangkitlah ,sedarlah kalian,Islam semakin hari semakin dihina

Ayuh sama-sama kembalikan ke'izzahan islam agar tidak mudah dipijak..

Saat gambar-gambar pemimpin-pemimpin negara dihina dipijak,dikalungkan dengan kalungan bunga,cepat sahaja kita melenting,
Tetapi ini isu lebih penting daripada seorang pemimpin negara..ini adalah berkenaan PEMIMPIN UMMAH,PEMIMPIN UMMAH TELAH DIHINA..

Apabila penduduk Taif mencederakan Nabi s.a.w, maka malaikat yg tidak mempunyai nafsu pun berkata, "wahai Nabi Allah, sekiranya kamu mahukan, nescaya akan ku angkat bukit taif ni dan hempapkan ke atas penduduk taif itu".... tu malaikat. bila nabi dicedera, dihina, sggup utk menghancurkan umat itu

tapi kita????? Nabi dihina, Nabi diluka, kita diam mulut, tutup mata, memekakkan telinga, tidak pedul
i Nabi kita telah dihina.... lepas tu, berkata..."Ya Rasulullah, kami rindu pada Mu", comey muke?????

sedarlah, mari kita bangkit memusnahkan penghina Nabi Muhammad s.a.w dan penghina agama Islam.... Allahuma Solli Wa Salim A'la Saiyyidina Muhammad....Takbir!!!!!

Ya Rasulullah, Maafkanlah kelemahan kami tidak dapat berbuat apa2 tikaa diri Mu dihina.... :'(..... wahai Penghina Nabi... Semoga LAKNAT ALLAH paling besar ditimpakan k atas kamu.

Tiada ulasan:

aw0p-aw0p

isLaM