Isnin, 17 September 2012

Derap Langkahku di Alam Kampus


Assalamualaikum sahabat/sahabiah sekalian (n_n)



Perjalanan hidup sebagai mahasiswa nih banyak pengalaman yang dapat aku alami,bi0r p0n baru beberapa minggu berada disini,pendedahan awal dengan suasana alam kampus membuka mindaku lebih melebar,yela kan..kalau dulu,fikiran,minda hanya sekadar di kawasan sekolah dalam ruang lingkup pelajar bawah umur 18 tahun,lagipun di sek0lah aku nih la yang boleh dikatakan sebagai ABANG BESAR,bukan kerana badanku BESAR tetapi had umur maksimum di dalam pagar sekolah tu..hehe

hakikat..

Sekarang,aku terpaksa menerima hakikat yang aku pula adalah adik di alam kampus,adik yang baru nk mengenal alam yang memerlukan kematangan dari segi gerak kerja dan juga fikiran.kalau masih lagi berada di tampuk yang lama,masih mengharapkan orang lain..kita takkan ke mana-mana,mana tak nya,takkan la kita sentiasa nak "makan bersuap" kan,zaman sekolah dulu yela,tetapi di alam kampus,ianya berbeda


bekalan yang dibawa
Sebelum memasuki alam kampus ini,adalah sedikit sebanyak bekalan ilmu yang dibawa,di tuai daripada beberapa orang tok guru untuk diamalkan pada diri ini dan juga turut disampaikan kepada orang lain.Ini kerana,aku masih lagi ingat akan pesan seorang sahabat,"laksanakanlah 3 hak ilmu,yang mana cari ilmu,amal ilmu dan sampaikan ilmu tersebut"..inilah yang turut menjadi di antara pendorong semangat diriku ini..
Yang paling utama bila jejakkan kaki ke sana niat yang penting..

"Ya Allah,langkah pertama ku menjejakkan kakiku di bumi bar0kah ini adalah keranaMu Ya Allah,ilmu yang akan aku timba sepanjang 4 tahun pengajianku di sini akan aku amalkan dan gunakan ia dan akanku berjuang menegakkan agamaMU dengan ilmu yang dikutip disini,semoga engkau permudahkanlah urusan hambaMU ini Ya Rahman,Ya Rahim.."


3 minggu
Ya Allah,sungguhpun keberadaan daku sini memerlukan hati yang kuat,cekal dan istiqomah dalam melaksanaakan agamaMu di dalam diriku ini..
Sedih,sedih,sedih..itulah yang dapat digambarkan apa yang bermain didalam hati ini,sebelum ini aku bangga memasuki bumi bar0kah ini,namun bila terdedah dengan suasananya jauh sekali...penuh cabaran..
|
Sepanjang langkahku berulang alik dari kelas,dari kafe dan juga dari surau..tidak lepas mataku dihidangkan dan dijamu dengan kemaksiatan,bebas bergal0k,bertepuk tamp0r laki puang..makang semeje ngadap depang2,kalau time malam pul0p duduk sembang2 dekat atas wakaf laki dan puang..bebas,bebas..tanpa halangan mana2 pihak..

Ya Allah,engkau telah menguji hambaMU yang lemah ini,menguji setakat manakah peringkat amar ma'ruf dan nahi mungkar yang ada didalam diri hambaMu ini.>


Sedang Melangkah
Sebentar tadi aku ada majlis yang diadakan di gymnasium di kampusku,selepas s0lat maghrib dan mendengar sedikit tazkirah yang di sampaikan oleh sahabatku di surau..Aku melihat ramai pelajar sedang menyusun langkah,mereka semua sama denganku untuk menuju ke majlis tersebut.Sedang aku melangkah bersama sahabatku,tiba2 terlintas sekumpulan wanita,lalu aku terpandang seorang wanita dalam kumpulan tersebut..alangkah tersentak aku melihat perbuatan wanita tersebut,dia telah mengangkat kain nya sehinggakan menampakkan betisnya yang putih gebu itu sehingga paras lutut..
Pada awalnya aku menyangka dia ingin mengelakkan daripada kainnya terkena l0pak air disitu,petang tadi hujan lebat amat kan..tetapi sangkaanku salah,dia masih lagi tidak menurunkan kainnya itu..

Tiba2 terkeluar dari mulutku "Astagrfirullah" dengan nada yang amat kuat sekali,mungkin wanita tersebut menyedari aku yang melihat perbuatannya tersebut barulah dia menurunkan kainnya..
Aku sesali yang aku masih lagi lemah,belum lagi mempunyai tahap keimanan sepertimana seorang pemuda di zaman Rasulullah yang bernama Tsa'labah..

Di sini,mereka sudah tidak lagi mengambil berat tentang nilai-nilai yang telah digariskan oleh islam dengan sebenar2nya..dari segi pergaulannya,adab-adab pemakaiannya..
Begini rupanya keadaan sebenar berada di kampus,sebelum ini aku hanyalah mendengar cakap2 orang sahaja..namun kini,aku telah berada di dalam nya..

InsyaAllah,aku p0hon padamu ya Allah,kuatkanlah semangatku menghadapi liku-liku kehidupan baru yang masih panjang yang akan aku tempuhi..dan semoga daku thabat dan istiqomah sepanjang perjuangan ini..

1 ulasan:

MUHAMMAD KAMAL berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

aw0p-aw0p

isLaM